Thursday, March 31, 2011

TUKAR TAYAR



Sabtu 26hb March 2011 pukul 10.51 pagi

Hari Sabtu bermakna kerja setengah hari je. Lagipun projek belum start, baru nak kick-off dengan design consultant next week. Selalunya PMT akan busy macam haram bila fabrication dah start.

Aku takde mood nak write something. Nak cepat habis keje & pergi bengkel tukar tayar belakang sepasang. Aku assume harga sepasang tayar saiz 175*70R13 untuk Iswara aku ni RM270 termasuk buat balancing. Aku terpaksa jugak tukar tayar ni hari ni sebab aku guna tayar spare kat belakang. 2 hari lepas 1 tayar belakang aku bocor. Satu hal aku kena tukar tayar lepas selesai membeli belah kat pasaraya. Nasib baik jugak tayar kempis masa kat parking. Kalau pecah tengah jalan lagi haru. Tayar yang bocor tu boleh je ditampal sebab bunga tayar still cantik lagi. Tayar depan memang kena tukar sebab dah botak. Alang-alang baik aku tukar baru terus.

Iswara aku ni mula problem macam-macam. Enjin ok tapi bila timing rendah especially masa on air-cond, dia punya gegar memang tak ingat..brrrrrr.... 2 tahun lepas aku pernah try solving this problem dengan follow pomen punya advice - service auto choke. Memang ada improvement tapi bertahan 4-5 bulan je sebelum kembali pada keadaan sebelum diservis.

Lagi satu problem dia, susah nak masuk gear 1 & 2. Kadang-kadang o.k, kadang-kadang k.o. Kena time susah, aku paksa + pump clutch banyak kali baru boleh...bunyi kasar masa masuk gear 1 & 2 tu memang biasa. Apa punca masalah gear susah nak masuk? Minyak gearbox kotor? Aku mengaku dah setahun lebih tak tukar minyak gear, jadi minggu lepas aku tukar...pomen sound aku minyak gear kotor tak ingat. Pomen kata minyak gear mesti tukar samada setiap 20 ribu kilometer atau setahun penggunaan. Bergantung mana satu yang achieve dulu. Lepas tukar minyak gear pun masalah masih tak hilang walaupun ada la sikit improvement tapi aku masih tak puas hati. Aku syak samada problem ni datang dari clutch system ataupun gearbox. Aku ada survey, kalau tukar clutch set baru siap kabel harga lebih kurang RM400. Kalau refurbish gearbox aku tak tau la pulak harga dia berapa.

Body Iswara ni pun dah mula timbul gelembung-gelembung karat. Yang aku nampak sekarang ni kat bahagian depan dengan pintu belah kanan. Sebelum bertambah parah sampai berlubang dikerjakan dek karat, aku plan nak sembur cat baru + repair segala gelembung karat + repair mana-mana part yang kemek + tukar front bumper yang dah gebeh (ikat dengan cable tight). Aku budget kerja-kerja ni je makan duit lebih kurang RM2 ribu kalau tukar color. Kalau aku sembur ikut color asal kos kurang sikit. Malangnya belum ada modal nak buat.

Future plan lepas semua masalah yang ada ni selesai, aku nak pasang power stering system berbanding 'paut' stering system yang aku guna sekarang. Pernah survey harga lebih kurang RM6-7 ratus. Angan-angan tu penting biarpun entah bila nak jadi kenyataan pun aku tak tau.

[Angan-angan + usaha = Improvement] [Angan-angan + 0 = Mat Jenin]


Sabtu 26hb March 2011 pukul 01.32 petang

Lokasi di Rinting Tyre & Auto Service Sdn. Bhd. (Branch Taman Cendana, P. Gudang). Para pomen sedang tukar sepasang tayar depan yang baru untuk Iswara aku. Lepas deal harga dengan tokey pomen, aku dapat sepasang tayar Sylverstone 175*70R13 NS-223 dengan harga RM250 termasuk buat balancing. Tayar belakang yang bocor aku tampal dengan kos RM5 je. Sementara para pomen mengerjakan tayar kereta, aku mintak tolong pada tokey pomen check gear kereta aku sebab susah sangat nak masuk gear 1 & gear 2. Tokey pomen check....he told me that "I rasa lu punya clutch plate sudah mau habis..sebab bila lu tekan clutch aaa.. dia macam tak boleh stop habis..lu punya gear still ada jalan sikit..itu pasal susah mau tukar gear". Aku kalau part tukar menukar ni lemah sikit, kos adalah perkara pertama aku akan tanya.

Tokey pomen kata kos tukar 1 set clutch plate Iswara standard jenama yang ok adalah RM350++. Kalau set clutch plate dah convert ke 1.6 punye lagi mahal. Dia takut Iswara ni punye clutch plate owner lama dah convert to 1.6 punye set. Aku harap-harap tak la sebab kos tukar set clutch plate 1.6 lebih kurang RM450-500. Koyak poket akuuu..... Buat sementara waktu tokey pomen kasi adjust clutch aku.

Pung pang pung pang....bla..bla..bla...akhirnya Iswara aku siap tukar tayar + adjust clutch + adjust timing. Invoice keluar, aku kena bayar RM270. Kira ok la workshop tu charge workmanship RM5 je. Next time aku plan nak tukar clutch plate kat workshop ni je la.

Satu lagi, rupa tokey pomen tu macam Sammo Hung pelakon kung fu komedi yang badan gempal tu..tokey pomen tu kecik sikit je. Serius tak tipu. Hahaha....

Thursday, March 24, 2011

WHEN THE WORLD FULL WITH LIAR


From: Ms. Maryam Darvish
Fax Number: +44 84458 83458
Phone Number: +44 70359 40876
Re: Investment Partnership

We are consulting with you on behalf of President Hosni Mubarak who just stepped down few days ago as Egyptian Leader.

President Hosni Mubarak is in daring need of a sincere partner in a lucrative investment window.

At present, our client has an urgent need for assistance to relocate from Egypt and invest into the any lucrative economy the amount of Ninety Eight Million United States Dollars
(US$98,000,000.00).
This fund is part of his personal fund since his 30 years reign as Egyptian leader.

The need for an urgent relocation of this fund from Egypt is necessitated by his sudden pressured hand over power to the Egyptian Military which is not a democratic institution. The fears that his assets may be frozen is sheering him in the face and hence for his decision to urgently move this fund.

It is in view of this therefore that I write to solicit your assistance and participation to move this fund abroad. All necessary arrangements have been put in place for a successful transporting of this fund abroad. You will be well briefed if you confirm your willingness and interest in this project.

We are willing and ready to negotiate your percentage accruable to you in regards to your participation in the successful relocation and investment of this fund.

You will be properly briefed on my receipt of your reply confirming your interest to participate and what will be required of you as concerns the successful execution of this project will also be communicated to you.

I wait your immediate response to this proposal.

Your Faithful,

Ms. Maryam Darvish
Assistant Consultant Officer



Wow!! Ex egypt president need my help!!
Wow!! He just stepped down a few days ago!!
Wow!! Can get a million USD!! So, I can tender my resign letter today!!

Do you think I can believe this? NOT AT ALL !!

Tuesday, March 22, 2011

SAY NO! TO NUCLEAR REACTOR

Tidak dinafikan bahawa teknologi nuklear digunakan secara meluas khususnya dalam bidang perubatan dan juga didalam bidang industri. Sebagai contoh, sinar X digunakan untuk mengimbas tubuh badan pesakit manakala sinar Gamma digunakan untuk mengesan sebarang kecacatan pada sambungan kimpalan logam. Nuklear juga boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik yang banyak dengan kos yang murah. Maka ia sering menjadi pilihan beberapa negara termasuklah Malaysia sebagai sumber tenaga alternatif berikutan sumber tenaga bahan api fosil yang semakin berkurangan.

Menurut statistik yang dikeluarkan kerajaan, dalam masa beberapa tahun yang akan datang, bekalan bahan api fosil iaitu minyak dan gas akan mulai berkurangan. Ini memberi kesan kepada negara untuk mengekalkan bekalan tenaga elektrik memandangkan sumber bahan api fosil ini digunakan dengan meluasnya untuk menjana tenaga elektrik. Malaysia pada masa hadapan akan mengalami krisis bekalan tenaga yang runcing jika sumber tenaga alternatif tidak dibangunkan. Kestabilan bekalan tenaga amat penting untuk mengekalkan momentum kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 dimana keperluan tenaga untuk kegunaan domestik dan industri semakin meningkat. Negara tidak lagi boleh bergantung harap kepada sumber bahan api fosil yang semakin berkurangan ini. Untuk itu, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menjadikan nuklear sebagai satu sumber tenaga yang baru.

Niat kerajaan Malaysia untuk membina reaktor nuklear menjelang 2021 dan 2022 membangkitkan kebimbangan rakyat. Kita dicanangkan bahawa nuklear adalah sumber tenaga yang paling 'bersih' berbanding bahan api fosil. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan nuklear tidak menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Bersih disini cuma ketika proses penjanaan tenaga elektrik di logi reaktor nuklear sahaja. Dimana hampir tiada karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera dan jika adapun pembebasan tidak melebih 6g karbon setiap kilowatt-jam elektrik, berbanding gas yang menjangkau anggaran 230g, minyak dan petroleum 340g, dan arang batu 350g.

Walaubagaimanapun, banyak gas karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera semasa proses menghasilkan uranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gas karbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil.
Risiko yang perlu dihadapi jika tenaga ini digunakan adalah dari segi kesihatan manusia. Proses perlombongan dan pengkayaan Uranium untuk dijadikan sumber tenaga nuklear menghasilkan sisa seperti radium dan gas radon. Kedua-dua bahan ini amat bertoksik dan merbahaya kepada hidupan dimana ia memberi kesan teruk kepada genetik hidupan terutamanya manusia. Bayangkan perasaan para pekerja yang terlibat didalam industri perlombongan dan pengkayaan Uranium. Juga penduduk disekitar kawasan perlombongan dan pengkayaan Uranium ini.

Tun Dr. Mahathir sendiri tidak bersetuju akan idea ini dimana beliau mempunyai pengalaman buruk berkaitan nuklear ketika menjadi Perdana Menteri walaupun beliau keberatan untuk menceritakan apakah kejadian yang dimaksudkannya. Krisis logi reaktor nuklear Fukushima Daichi di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami menjadi contoh terbaru betapa berisikonya sesebuah logi reaktor nuklear khasnya kepada masyarakat sekeliling dan dunia amnya. Bahan radioaktif yang terlepas mampu tersebar sejauh beberapa ribu kilometer hingga ke Amerika dan Eropah.

Letupan reaktor nuklear Chenorbyl di Pripyat, Ukrainian SSR, Soviet Union (sekarang dikenali sebagai Ukraine) pada 26 April 1986 telah mengakibatkan bandar itu ditinggalkan oleh penghuninya. Letupan di reaktor nuklearnya telah menjejaskan kehidupan 9 juta penduduk yang terdiri daripada 2.5 juta penduduk di Belarus, 3.5 juta penduduk di Ukraine dan 3 juta di Rusia. Kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ialah 160,000 km persegi dan ia melibatkan tiga republik. Untuk 30 tahun selepas peristiwa itu, kanak-kanak masih terdedah kepada barah tiroid.

Hingga kini juga kes kelahiran bayi-bayi cacat masih berlaku dalam kalangan masyarakat di kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ini. Bahan radioaktif mampu merosakkan kod genetik manusia dan hasilnya berlakunya kemandulan dan pelbagai penyakit. Jika mereka mampu melahirkan anak sekalipun, anak tersebut berkemungkinan besar akan cacat fizikal ataupun menghidap penyakit merbahaya.

Peristiwa kebocoran radioaktif di reaktor nuklear Chernorbyl (Ukraine), Three Miles Island (Amerika Syarikat) dan yang terbaru di Fukushima (Jepun) nampaknya masih belum mampu menyedarkan beberapa orang 'pakar nuklear' tempatan. Para profesor universiti dalam negara begitu yakin yang Malaysia mampu membangunkan reaktor nuklearnya sendiri. Mereka kelihatan over confident dan over positive thinking yang mana boleh mengundang padah. Mereka sepatutnya tahu bahawa sehingga kini tiada kaedah yang benar-benar selamat untuk melupuskan sisa radioaktif.

Merancang dan membina tidak susah walaupun kita masih belum mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang ini. Cuma sediakan beberapa bilion duit pembayar cukai dan upah para consultant luar negara untuk membangunkannya. Para jurutera mahir dari luar negara kemudiannya akan digaji untuk mengendalikan reaktor tersebut dengan dibantu beberapa orang 'fresh engineer' tempatan.

Dimana lokasi yang sesuai untuk membina reaktor nuklear ini? Mungkin boleh didirikan disebelah kawasan rumah para profesor yang berkeyakinan tinggi dan bijak tadi. Juga disebelah kawasan rumah para menteri. Mereka pasti bersetuju. Rakyat marhaen yang tidak berkepentingan macam kami terus terang tidak bersetuju sama sekali ia dibina dikawasan kami. Ia amat berisiko. Mereka mungkin berkata "Ah, kamu semua hanya tahu berfikiran negatif saja!". Sedarkah anda, disebabkan negative thinking lah pelbagai peralatan keselamatan untuk menyelamatkan nyawa dicipta. Orang tidak akan mencipta peralatan keselamatan jika tiada sekelumit pun negative thinking dalam minda mereka.

Siapa yang boleh memberi jaminan bahawa segala langkah keselamatan diambil untuk mengelakkan kejadian seperti di Chernobyl terjadi? Negara yang merintis teknologi nuklear seperti Amerika Syarikat dan Russia juga pernah gagal dalam mengurus reaktor nuklear mereka hingga berlakunya tragedi kemanusiaan yang kekal hingga kini. Malaysia, dimana struktur jejambat lebuhraya MRR2 pun retak, masih banyak jalanraya yang berlubang sana sini, kerja menyenggara bangunan Parlimen pun masih tidak dipantau dengan teliti hingga berlaku kebocoran disana sini dan banyak lagi projek bermasalah lain. Bagaimana pula untuk mengurus reaktor nuklear yang memerlukan kepakaran tinggi dan melibatkan teknologi yang kompleks. Ditambah pula dengan kos penyelenggaraan reaktor nuklear yang tinggi dan berisiko. Begitu juga dengan kos pengurusan sisa radioaktif. Kosnya sangat tinggi berbanding kos membaiki jalan berlubang diseluruh negara yang mana sampai sekarang masih banyak yang belum diperbaiki lagi.

Disini kami meminta kerajaan membatalkan niat untuk membina logi reaktor nuklear diatas bumi Malaysia yang indah ini kerana:

1. Pembinaan logi nuklear sangat berisiko untuk berlakunya kebocoran radiasi.

2. Malaysia belum mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengendalikan tenaga nuklear.

3. Kos pembinaan, pengurusan logi, penyenggaraan dan pegurusan sisa radioaktif adalah tinggi. 4. Sisa radioaktif akan menyebabkan pencemaran yang dahsyat dalam jangka masa panjang.

5. Bahan radioaktif adalah bahan galian juga dimana penggunaannya pasti akan mengurangkan stok bekalan dunia.

Kita boleh sama-sama fikirkan alternatif lain sebagai ganti kepada sumber tenaga bahan api fosil bukannya dengan menggunakan nuklear. Terdapat banyak kaedah yang boleh dimajukan untuk menjana kuasa elektrik seperti kuasa angin, kuasa solar, kuasa hidro elektrik, bio-gas, geo-termal dan ombak. Kesimpulannya, penggunaan nuklear untuk menjana tenaga elektrik adalah tidak selamat dan lebih banyak mendatangkan kesan sampingan jangka masa panjang.

Friday, March 18, 2011

HOBEN JANG HOBEN (part 2)


Semalam den membebel pasal team bolasepak Negeri Sembilan. Punco eh den terbaco berito pasal Presiden PBNS sound direct kek coach, pegawai samo player yang tak perform. Datuk Seri Mohamad Hasan memang angry sobab dio dah bayar gaji masing-masing punyo la mahal tapi takdo hasil yang membanggokan. Dari 8 game yang diorang ni main, 4 game yo monang.... Yang porit, lawan K.L pun kalah. Keadaan ni samo la macam Manchester United kalah lawan Wigan dalam EPL. Unacceptable bai!!

Hari ni keluar lagi berito pasal team bolasepak Negeri Sembilan. Wan Jamak tender resign letter semalam. Dio raso bertanggungjawab ateh prestasi buruk team bimbingan eh & ambik keputusan lotak jawatan. Nak kato masalah ni berpunco dari dio 100% memang tak adil la kan. Bilo satu team sport tak perform macam yang dirancang, semuo pihak dalam team tu mesti bertanggungjawab. Masalah mungkin datang dari coach atau player atau para pegawai. Kalau kito tengok list player team Negeri Sembilan ni, raso eh takdo masalah nak maintain prestasi sobab rato-rato player ado experience yang cukup cumo beberapo orang yo muko baru.

Wan Jamak ni pulak nak kato tak pandai pun tak buleh. Dio la yang jadi coach yang bawak Negeri Sembilan jadi juaro Piala Malaysia 2009 & julang Pialo FA. Kombinasi coach yang berpengalaman dongan player yang mantap sepatut eh membuahkan hasil yang lumayan. Den pun tak tau kek mano silap eh, tapi mesti ado sobab hal ni berlaku. Sekarang ni Wan Jamak dah resign. Persoalan baru, sapo yang nak ganti dio jadi coach? Kalau tengok pado situasi sekarang, ado sorang coach yang buleh PBNS pertimbangkan iaitu Azrai Khor. Azrai Khor tongah free sekarang & dio ni ado good record samo team Kedah sebolom ni. Mano tau PBNS nak try pancing mamat ni jadi coach yang baru untuk kembalikan kegemilangan team Hoben Jang Hoben. Yo, memang mamat ni ado buek salah sampai FAM gantung dio hari tu tapi manusio mano yang free dari kesalahan? Tak salah kalau kito cubo guno khidmat dio.

Yang lopeh tu biarkan lopeh. Sekarang ni waktu PBNS bukak buku baru. Lagipun liga baru 3 bulan berlangsung, sompek laie nak recover & sekurang-kurang eh kito dalam kelompok top 5 sebolom liga tamat. Nak dapek first place tu tak berani la nak cakap yo tak? Asal ekau semuo main cantik, prestasi konsisten...den memang support. Kalau ekau semuo main lintang pukang, den nak support pun malu bai.

Apo-apo pun den harap team Hoben Jang Hoben dapek tingkatkan prestasi lopeh ni.Baru la kono dongan tagline Hobin Jang Hoben!!

Thursday, March 17, 2011

HOBEN JANG HOBEN

Den lahir kek Melako sobab mak den orang Melako tapi arwah ayah den anak jati Negeri Sembilan. Lopeh den lahir, den toruih menotap di nogori kelahiran arwah ayah den iaitu Negeri Sembilan. Sampailah den mulo merantau nogori orang cari kojo & sekarang ni den dah 6 tahun menotap di nogori Johor start dari zaman U sampai la den kojo sampai la den kawin.

Disobabkan den ni dari kocik sampai ko bosar menotap di Negeri Sembilan, mako eh den ni berkawan samo budak-budak Nogori jugak. Cakap pun guno loghat nogori sampaikan maso umur den 6 tahun, den punyo loghat nogori hampir pokek. Nenek den yang berketurunan Bengkulu punyo la risau, takut-takut cucu eh nanti dirasuk dek semangat Minangkabau sampai lupo asal keturunan den orang Bengkulu. Tapi alhamdulillah, sampai sekarang ni den buleh lagi cakap nogori & tak lupo den ni asal keturunan orang Bengkulu, bukan Minang.

Yang den merepek kat ateh tadi tu bukanla sajo-sajo nak bagitau asal usul den. Ekau semuo pun for sure maleh nak baco asal usul anonymous macam den ni. Lain lah kalau den ni bokeh perdano montori Malaysia, gagah laie la ekau semuo nak baco dari awal sampai abih yo tak? Cumo nak bagitau ekau semuo yang den ni anak nogori & disobabkan itu den ni jadi penyokong team bolasepak nogori yang famous dongan tagline 'Hoben Jang Hoben'. Tapi masalah eh sekarang ni, diorang yang memanjang kono hoben dek team lain. Hampeh juo adonyo.

Pagi ni tadi den baco newspaper Berita Harian, macam biaso..jantan macam den ni gomar baco newspaper dari belakang sobab gomar baco ruangan sukan. Eh, ado pulak berito pasal team Hoben Jang Hoben.. 'PBNS Beri Amaran Singkir Pemain'...mang ai..serius bonar bunyi eh. Memang serius bai, bilo Presiden PBNS iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan bagi last warning kat semuo pegawai & pemain team bolasepak nogori supayo lopeh ni main macam pemain profesional. "Apa guna bagi gaji mahal-mahal sampai RM25K, RM20K, RM18K, RM17K kalau main cekak pinggang?!!" kato Presiden PBNS merangkap Mentori Bosar Negeri Sembilan nih. Den buleh bayangkan muko Datuk Seri Mohamad Hasan ni merah menahan marah.

Ekau pikir la, sebagai majikan yang dah keluar duit bayar gaji punyo la mahal kat player-player ni semuo tapi apo yang dapek? Menghabihkan boreh yo. Den cakap kat ekau semuo la kan, kalau dalam company yang den kojo sekarang ni, gaji tinggi mencocah 25K sebulan ni dah tahap-tahap General Manager. Nak jadi General Manager bukan sonang bai, kurang-kurang experience (bersamo dengan prestasi superb) kono ado dalam tangan 10 tahun baru dapek gaji tinggi cocah 25K sebulan. Nak dapek 25K tu pulak bukan sonang, silap sikit kono bashing kek CEO. Layan pulak kerenah client yang macam-macam tapi apo nak digaduhkan, dah adat makan gaji dongan orang berniago. Lagipun company dah bayar gaji bosar, kono la show the best effort.

Para player yang gaji bosar ni pun senario eh samo yo. Gaji diorang ni ikut experience plus prestasi plus skill yang diorang ado. Tambah pulak kalau memanjang yo tersenarai dalam 1st eleven team kebangsaan, lagi la tinggi value diorang ni. Walaupun bilo main dengan team kebangsaan, lawan Myanmar pun diayam-ayamkan. Malu poik malu..tapi tu la hakikat eh team bola kito 10-20 tahun lopeh. Sekarang ni yo den nampak ado peningkatan positif & harap eh berterusan la yo.

"Without your special skill in football, you are nothing man!" kato den yang tak berapo tau main bola ni. Den ni ha belajar bertahun-tahun nak dapekkan sekoping sijil. Masuk poli keluar poli, masuk U keluar U, gaji nak cocah 3K pun payah. Player kito ni dah dikurniakan bakat, takyah belajar setinggi gunung...bilo ado peluang tu tolong la hargai. Den tak kisah gaji kau cocah 25K walau dulu kau belajar tak tinggi. Kau ado bakat yang den sendiri pun takdo, yang rakyat Malaysia lain takdo. Lagipun dah itu rezeki yang tuhan bagi hasil bakat yang kau ado. Sikit pun den tak jelous. "Dia punya rezeki dia makan, awak punya rezeki awak makan..apa salah kita makan sama-sama?" kato jaga Singh dalam cerito Seniman Bujang Lapok (lebih kurang macam tu la bunyi eh).

Apo yang kami semuo nak, kau main sungguh-sungguh. Pretasi tu bagi konsisten, bukan la nak harapkan monang 100%...team Brazil yang handal tu pun peronah kalah. Apo yang ponting kerjasamo & konsistensi. Takkan kami semuo nak marah kalau kau main dari 10 game..kau monang 8 game, kalah 1 game, seri 1 game... Ini, main baru 5 game dah 3 kali kalah. Kalau Cikgu Hashim merangkap coach bolatampar sekolah+cikgu disiplin sekolah den dulu jadi manager team kau, dah lamo kau kono lompang bai. Lopeh kono lompang, kono sack beramai-ramai.

Nak salahkan player 100% pun tak adil pulak yo tak? Ado kemungkinan jugak silap eh datang dari para pegawai mahupun coach. Buleh jadi jugak player ni sengajo bagi kalah sebagai tando protes pado something yang diorang ni tak pueh hati. Menurut kato presiden PBNS, dio dah gugurkan Faizal Zainal yang mengikut kato para player dio ni tak ngam dengan player. Tapi hasil eh samo jugak, takdo peningkatan pun.

Jadi, pihak-pihak yang terlibat mesti cari punco prestasi menjunam team bolasepak Negeri Sembilan ni. Bilo dah tau punco eh, baru buleh dipikirkan solution. Bilo ado solution, kito implement kan sampai team kito balik ke landasan yang asal. Supayo dimaso-maso akan datang team bola kito jadi team yang digeruni lawan. Kalau tengok list player, team kito buleh dikatokan setaraf dongan team Real Madrid dalam saingan La Liga Sepanyol. Tak sepatut eh nasib team kito macam ni.

Jangan gantung sepanduk 'Hoben Jang Hoben' kalau tiap kali game, balik-balik team kito yo kono hoben dek team lawan. Malu poik!!

Tuesday, March 15, 2011

NEAR MISS ACCIDENT

Korang pernah dengar perkataan Near Miss? Bagi yang pernah tu, kalau aku salah explain korang tegur la. Bagi yang tak pernah dengar tu, aku akan jelaskan kat sini. Near Miss adalah satu istilah yang biasa didengar dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health). Organisasi yang terbabit dalam industri berat biasanya concern giler bab keselamatan & kesihatan pekerjaan dimana risiko para pekerja terdedah dengan kemalangan di tempat kerja adalah tinggi. Mana-mana projek yang mempunyai kes Near Miss yang tinggi, KPI diorang memang teruk. Sebab diorang tak well manage prosedur/tempat kerja & identify safety hazard sampai kes Near Miss berlambak.

Aku ni pengalaman takla banyak mana, baru nak belajar-belajar jugak. Apa yang aku tengok, industri berat macam sektor minyak & gas memang jaga betul tahap keselamatan para pekerja yang terlibat dalam projek yang diorang laksanakan. Sebab apa? Sebab isu ni melibatkan reputasi syarikat. Siapa nak kerja dengan syarikat yang ada rekod pekerja putus tangan bulan lepas seramai 12 orang? Korang nak kerja dengan syarikat yang 2 bulan lepas 10 orang pekerja mati kena timpa besi? Walaupun syarikat tu offer gaji 10K sebulan untuk jawatan 'grinder' je, aku berani jamin tak ramai yang sanggup. Bila pekerja kurang & bekerja dalam persekitaran yang merbahaya, automatik produktiviti pun menjunam. Bila produktiviti menjunam, produk yang dihasilkan jugak melingkup. Bila produk melingkup, cuba bagitau customer mana yang berani datang nak beli produk syarikat tu?

Tapi aku pelik sikit dengan sektor pembinaan bangunan/civil work yang aku perhatikan agak sambil lewa dalam hal ni. Macam mana pekerja diorang bekerja ditingkat 4-5 dengan tak pakai topi keselamatan, berseluar pendek, berselipar dan tak pakai abah-abah keselamatan? Dah la kat level tu satu 'hard barricade' pun takde. Buatnya si Hartono Suradja tergelincir jatuh kebawah macam mana? Aku bagitau kat korang eh, bangunan yang diorang tengah buat tu adalah bangunan institusi kerajaan yang menguatkuasakan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan! Kontraktor yang terlibat pulak bukan Syarikat Pembinaan Lim Tat Enterprise ok..tapi syarikat pembinaan Kelas A. Ni bukan fitnah geng, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.

Balik pada cerita Near Miss tadi. Near Miss dalam bahasa melayu bermaksud kejadian nyaris. Kejadian nyaris ini didefinasikan sebagai satu kejadian atau keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pekerja dan kerosakan harta benda. Kalau korang nak ayat yang lebih 'law', boleh la rujuk kat mana-mana buku akta keselamatan & kesihatan pekerjaan. Aku memang susah nak hafal ayat law ni, berbelit-belit. Cukuplah pengalaman aku jawab paper law masa study dulu, seksa nak ingat klausa sekian-sekian...kes sekian-sekian. Karpal Sigh memang cukup hebat la pasal benda-benda law ni.

TAPI benda alah Near Miss bukan berlaku dalam kawasan kerja je geng. Kat JALANRAYA pun boleh berlaku. Buletin Utama TV3 selalu siar berita kemalangan maut (fatality) terutamanya bila tiba musim perayaan. Korang mesti dah tau kan, Malaysia adalah negara yang tersenarai sebagai salah sebuah negara yang merekodkan jumlah kemalangan jalanraya tertinggi di dunia. PUNCA utama adalah SIKAP pemandu, cuaca, keadaan jalan, cuai dan masalah teknikal pada kenderaan.

SIKAP pemandu yang paling utama. Kalau drive BMW X5 sekalipun, tapi rilek je memotong ikut lane kecemasan masa kat hiway tu apa kejadahnya? Owner BMW X5 takkan kerja macai macam aku ni kot (kalau macai macam aku pakai BMW X5, orang mesti saspek aku makan rasuah atau jual dadah ataupun buat bisnes MLM yang tindas downline). Dah tentu owner dia tawkey besar takpun CEO syarikat besar. Ijazah sarjana kedoktoran bergulung-gulung (andaian aku je) tapi memandu macam orang tak pernah tengok sekolah. Buatnya ada lori treler bawak besi tersadai tepi jalan ko tak perasan macam mana? Confirm langgar punya. Masa tu brek ABS latest technology pun tak dapat nak tolong.

Tu namanya kemalangan disebabkan SIKAP pemandu. Aku bagitau kat korang eh, dari pemerhatian aku, 5 daripada 10 buah kereta yang memotong ikut lane kecemasan ni adalah kereta 'orang kerja besar'. Yang mana harga kereta tak kurang 80K. Kereta besar, kerja besar pulak tu tapi SIKAP, sama macam Hartono Suradja yang nak terjatuh bangunan tadi.
Geng, aku sendiri pernah terlibat dengan Near Miss di jalanraya. Yang paling fresh berlaku pukul 6.00 pagi 14 March 2011. Time aku tengah drive dari rumah ke tempat kerja. Kalau berlaku kemalangan, aku rasa aku akan cedera parah dan paling tragik mungkin hilang nyawa. Sila rujuk ilustrasi dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Ilustrasi versi Tadika Taman Teratai ini menunjukkan sebuah lori berwarna kuning sedang berusaha memotong kenderaan yang bersusun kat depan dia. Yang aku ingat, ada sebuah treler & beberapa buah kereta. Suasana masih gelap ditambah pulak lampu jalan sebatang haram pun takde. Keadaan mukabumi jalan yang beralun memang dangerous kalau tak alert sebab kita susah nak jangka kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Dengan keadaan dangerous sebegini, cara yang paling selamat adalah dengan mengikut garisan panduan yang dah ditanda di tengah jalan. Bukan saja-saja pekerja kontrak melayu 'mentattoo' garis panjang berkembar atau putus-putus kat tengah jalan tu. Garisan tu membawa maksud yang wajib kita ikut. Aku yakin korang yang ada lesen memandu tau benda ni. Tapi pemandu lori treler kuning ada lesen ke tak?

Bila dah ada tanda dengan garisan panjang berkembar diatas jalan, kita janganla memotong. Tapi kadang-kadang aku potong jugak beb kalau 100% line clear. Aku tak sanggup follow kereta@lori yang bawak macam tengah bersiar-siar dengan awek ditepi pantai. Tapi sang lori treler ni dah tau awak tu tengah sarat, daki bukit pun macam tak larat, jangan la memandai-mandai nak tunjuk kuat. Saja je dia memotong sederet lori & kereta padahal kereta aku & yang lain-lain tinggal lebih kurang 20-30 meter je jaraknya.

Kereta kaler hijau adalah kereta aku. Aku mulanya cuba jugak kawal perasaan, mana tau treler kuning sengal ni sempat memotong & masuk semula ke laluan asal. Tapi sangkaan aku meleset bila treler kuning masih terus gagah memotong. Arahan refleks otak aku menyebabkan aku menekan pedal brek untuk memperlahankan kenderaan bagi melengahkan pertembungan. Sepantas kilat aku pusingkan stering ke kiri jalan dan sekarang kereta aku berada atas permukaan tanah merah berumput dan berbonggol. Kereta aku terus bergoncang sebab meredah permukaan tak rata. Bunyi brek kecemasan kereta belakang memecah sunyi. Lori treler tadi dengan selamba badak lalu disebelah. Aku ingatkan kereta belakang akan bertembung dengan lori treler tapi nasib baik pemandu kereta tu dapat mengelak dengan cara yang sama macam aku. Serius aku tak rasa nak maki hamun driver treler sebab logik otak aku masih berfungsi. Antara maki hamun dengan selamatkan diri, mana yang lebih penting? Aku menggeletar satu badan lepas tu.

Peristiwa aku hampir bertembung dengan lori treler ni termasuk dalam kategori Near Miss. Kemalangan tadi boleh dielakkan kalau pemandu lori treler biadap tu bagi tumpuan & tak pentingkan diri sendiri. Orang lain pun nak cepat sampai ke destinasi masing-masing tapi janganlah sampai ada nyawa yang jadi korban. Kalau betul nak cepat sampai, apesal tak bertolak awal-awal? Pemandu macam ni, kalau lepas ni dia eksiden masuk gaung pun aku tak heran.

Aku berpesan pada diri sendiri & pada sesiapa yang baca entry ni. Kemalangan takkan dapat kita hapuskan 100%. Macam mana ketat la akta & peraturan yang JPJ buat, statistik kemalangan takkan jadi 0. Janganlah amalkan SIKAP macam pemandu treler biadap yang hampir-hampir melibatkan aku dalam kemalangan ngeri. Disebabkan SIKAP kita, diri sendiri & orang lain menjadi mangsa. Walau dimana kita berada, sila UTAMAKAN KESELAMATAN.

Korang setuju?

*Sebarang nama yang disebut didalam entry ini adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

Thursday, March 10, 2011

BLOG MEMBER

Apesal member-member aku takde yang buat blog ah? Kalau tak, dah confirm list follower aku cecah puluh-puluh. Sekarang ni nak cecah 10 pun payah giler.

Saturday, March 5, 2011

IKUT ORANG

Bila aku fikir-fikir balik, kenapa aku ikut sama hanyut dalam arus penulisan blog? First entry aku dalam blog adalah pada tahun 2009. Waktu para otai bloggers sudah lama menunjukkan belang. Kalau tidak, masakan Syed Azidi & Raja Petra begitu digeruni parti pemerintah kerana 'lantangnya' penulisan mereka di dalam blog.
Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan Facebook dan mula mual dengan Friendster. Serius, aku benci pada Facebook pada awalnya namun bertukar sebaliknya tidak lama selepas itu. Sekarang aku mula rasa mual pada Facebook dan mula mengaktifkan diri dalam dunia blog. Aku tak suka meniru-niru atau terikut-ikut tetapi dalam tak sedar aku turut hanyut dalam rentak zaman.
Suatu ketika zaman aku sekolah menengah, adalah perkara biasa melihat kumpulan budak sekolah berpakaian barat. Barat yang aku maksudkan disini bukan kot, bertali leher dan berkemeja lengan panjang. Tapi baju lusuh, sendat, koyak, hamis dan bercorak pelik! Aku pantang tengok budak-budak sekolah belum habis PMR terhenjut-henjut dengan seluar jeans ketat, berkasut boot, baju lambang Nazi dan berkepala botak. Punk Oi kononnya. Semuanya aku yakin terikut-ikut dengan kawan sebaya. Kalau ditanya sejarah wujudnya ideologi Punk itu kepada budak-budak sekolah tadi, aku yakin seorang pun takkan tahu. Semuanya ikut-ikutan.
Macam tu juga dengan zaman blog. Ada yang menjadikan blog sebagai medium menonjolkan kreativiti. Ada yang berjuang untuk menegakkan prinsip mereka. Ramai juga yang mempunyai blog untuk mencari 'silent income' dan tak kurang juga yang cuma ikut-ikutan.
Aku tak se'kreatif' dan se'kritis' empunya blog seperti Basuh Baju, Teh Tarik Gelas Besar ataupun Hilang Punca dan seangkatan dengannya. Tak juga terlalu keras memperjuangkan prinsip hingga menjadikan blog untuk mengumpul pengikut. Namun ada niat untuk menjadikan blog sebagai 'silent income' dan selebihnya adalah ikut-ikutan.
Aku tak tau sampai bila aku akan bertahan.

Friday, March 4, 2011

ANAK BUAH

Tahniah buat Apis & Dibah kerana menerima cahaya mata yang pertama. Seorang hero Malaya*. Merangkap anak buah pertama aku. Tahniah sekali lagi!!

*Hero Malaya masih belum diberi nama.

Thursday, March 3, 2011

JUBIR & CHIHUAHUA

12 April 2011 - 0932 malam

Angin malam yang dingin menghembus lembut susuk tubuh Jubir. Jubir hanya mampu memeluk tubuh keringnya yang cuma berbaju Pagoda. Pekat malam tidak lagi menjadi halangan baginya. Dia perlu segera sampai. Jalan kampung tidak bertar dikelilingi kebun getah diredah tanpa gentar. Nyamuk tetap setia mengekori betis dan leher Jubir, menunggu peluang untuk menusuk muncung tajamnya itu. Sesekali kedengaran bunyi anjing menyalak panjang. “Mungkin anjing penjaga kebun Leman”, getus Jubir. Bulan lepas Leman membeli tiga ekor anjing baka luar negeri untuk menjaga kebun getahnya setelah kes kecurian getah beku semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Harga getah yang mencanak naik sememangnya menarik perhatian para penyangak yang sentiasa mencari jalan mudah untuk menjadi kaya. Sambil meredah kegelapan malam, Jubir tergelak kecil bila mengingatkan tiga ekor anjing yang dibeli Leman. Namun dia terus melangkah kehadapan menuju destinasinya, rumah Pak Ropie.

Salakan anjing kedengaran semakin dekat seakan anjing itu berada dibelakangnya. Jubir menoleh kebelakang walaupun sebuah filem seram David Teoh menasihatkan ‘Jangan Pandang Belakang’. Suara hatinya membentak “Kau degil Jubir! Bukan kah David Teoh sudah berpesan jangan pandang belakang!”. “Ahh, persetankan itu semua. Kalau anjing itu betul-betul berada dibelakangku bagaimana? Mana mungkin aku punya waktu untuk memikirkan trek larianku nanti”, Jubir membalas. Jubir lantas memalingkan mukanya ke belakang. “Sial!! Bagaimana tiga ekor anjing penjaga kebun Leman ni boleh terlepas!”. Jubir mula cemas. Langkah kakinya tidak perlahan lagi. Beransur-ansur langkahnya melebar seiring dengan kelajuan anjing Leman mengejar. Jubir yakin benar ini semua konspirasi Leman. “Siap kau Leman!!” bentak Jubir dengan muka yang fokus terhadap trek lariannya. Bakul getah Samad Idau yang diletakkan di tepi jalan bersepah dilanggar Jubir. Gaya larian persis Watson Nyambek yang dipamerkan Jubir tidak menghairankan anjing-anging Leman. Anjing-anjing itu terus mengejar!


26 March 2011 – 0455 petang

Suatu petang yang cerah dihadapan kebun getah Leman.
“Hahaha...orang nak beli anjing, kau pun nak beli jugak. Tengok la anjing kau ni, tiga-tiga ekor anjing katik. Sekali aku terajang, bersepai gigi anjing-anjing kau!” gelak Jubir dari atas motor Honda C70 pemberian arwah ayahnya. “Tau takpe, lain kali beli anjing yang besar, tegap lagi garang. Baru la penyangak takut..hahaha”. Mail yang membonceng motor Jubir memberi nasi tambah. Leman terbungkam dengan hinaan Jubir dan Mail. Jauh dilubuk hatinya, anjing-anjing Chihuahua yang dibelinya ini sangat comel dan aktif. Leman yakin penyangak akan cabut lari bila dikejar Chihuahua yang aktif ini.


12 April 2011 - 0936 malam

Jubir terus berlari. Selipar jenama ‘Crocs’ tiruan yang dibelinya di pasar malam Pekan Jasin melayang entah kemana. Peluh jantan bercucuran menitis dari serata permukaan kulit badannya sehingga membasahi baju Pagoda yang dipakai. Air matanya mula terbit dek ketakutan yang amat sangat. Tidak pernah seumur hidup Jubir merasa takut sebegitu. Lampu jalan depan rumah Pak Ropie mula kelihatan berbalam-balam dari jauh. Jubir ingin segera sampai. Jubir sama sekali tidak akan menyerah kalah membiarkan betisnya dibaham anjing Chihuahua Leman. Lariannya bertambah kencang. Anjing-anjing Leman masih gagah mengejar walaupun semakin ketinggalan dibelakang Jubir.

Lagi 15 meter sebelum sampai di halaman rumah Pak Ropie, Jubir menjerit bagai nak gila. “Tolong Pak Ropie! Tolong Pak Ropie! Tolong Pak Ropie!” mengejutkan Pak Ropie yang sedang melayan tetamu yang datang. Tetamu yang bertandang ke rumah Pak Ropie terpinga-pinga. Pintu rumah Pak Ropie yang terbuka luas terus diredah Jubir. Kakinya tersadung pada bendul pintu dan Jubir jatuh berguling atas lantai, betul-betul disebelah sofa Pak Ropie. “Tolong aku Pak Ropie, anjing-anjing katik Leman tu dah gila agaknya. Aku yang tak bersalah ni dikejarnya” kata Jubir pada Pak Ropie. Serentak dengan itu terburailah gelak ketawa dari mulut tetamu Pak Ropie. Salah seorang dari tetamu tersebut ketawa hingga merah padam mukanya sambil sebelah tangan menepuk lantai. Tetamu itu adalah Mail. Leman yang duduk didepan Mail mengigil-gigil ketawa beserta getaran pada perut boroinya. Muka Jubir bertukar merah menahan malu. Kalau bulan lepas dia memperkecil-kecilkan kemampuan anjing katik Leman, kali ini dia yang menerima akibat. Mail yang dianggap teman rapat rupa-rupanya turut bersubahat menggelakkan Jubir. Anjing-anjing Chihuahua Leman sudah tidak kelihatan lagi, mungkin sudah berhenti mengejar setelah puas dapat mengenakan Jubir.

Jubir menyesal. Jubir tidak akan memperkecilkan anjing-anjing Chihuahua Leman lagi.

Wednesday, March 2, 2011

DURIAN

Aku dah usha lama gerai ni. Dah seminggu lebih aku tengok gerai ni jual durian. Mana datang pulak durian ni. Kat tempat lain aku tak nampak pun ada orang jual durian. Gerai ni je yang jual.

Tiap kali aku pass through gerai durian ni, bau durian semerbak merempuh deria bau aku. Godaannya mengalahkan godaan Angelina Jolie. Selama seminggu aku gagah menangkis godaan itu. Tetapi hari ini aku gagal. Aku terperangkap dalam buaian haruman durian yang tidak berkesudahan. Aku nekad!!

On the way balik rumah aku singgah gerai durian ni. Fuh, berlambak-lambak durian yang 'seksi' menari-nari didepan mata aku. Oh, RM2 sekilo..murah!! Aku mula plan nak beli 5 bijik. Malam ini aku akan tidur kepuasan. Selepas menjamah durian yang seksi. Hahaha...

"Makcik, durian yang ni berapa harga dia sekilo?" tanyaku dengan sopan. "Ooo, yang ni RM6 sekilo, yang ni RM12 sekilo...isi dia kuning dan lazat" jawab makcik gerai. What the heaven!!? Harga RM2 yang terpampang besar kat depan gerai ni untuk durian mana pulak? Makcik ni dah tipu aku!!

Mahal betol durian ni. Oh, mungkin durian Russia...ataupun durian Turkmenistan...barang 'baeekk' mesti la mahal. "Durian yang kat bawah tu harga dia RM2 sekilo" kata makcik tu lagi. Yang dah 'rentung tu RM2?!! Oh, itu mungkin durian Indon...ataupun durian Vietnam yang dah 'lunyai'.

"Aku nak yang RM6 sekilo ni makcik, tapaukan 3 bijik", aku meng'order'. Makcik gerai ambik 3 bijik durian...masuk plastik...terus timbang. Harga semua sekali RM21. Aku bukak dompet...tarik not 'singgit-singgit' 21 keping. Makcik gerai pandang sambil geleng kepala. Aku saspek dia mesti ingat aku tengah sengkek tapi gagah lagi nak beli durian daripada beli nasik untuk makan malam.

Aku tak peduli itu semua. Lepas bayar aku terus cau. Sempat lagi aku buat drift depan gerai makcik tu. Berdebu habis satu gerai termasuklah durian 'rentung' sekilo RM2 dia. Padan muka, tipu aku lagi. Hahaha...

Sampai rumah aku terus capai parang. Lagipun wife aku takde kat rumah. Kalau dia ada, perkara pertama yang aku buat bila sampai rumah adalah - minum teh tarik!! Lepas penat balik kerja, pekena teh tarik dengan keropok lekor goreng memang mantap!! Hari ni rutin tu berubah, durian tadi akan aku kerjakan dulu.

Aku kupas 2 bijik je. Selebihnya simpan untuk wife aku. Esok dia balik. At least terubat la sikit penat dia lepas travel jauh-jauh. Tak la dia mengamuk sangat tengok baju kotor yang aku longgokkan 3 hari.

Durian yang pertama hasilnya boleh mendatangkan marah. Isi kuning macam emas 916 tapi tawar tak rasa apa. Aku selak balik kulit durian tu, mana tau ada tag bertulis 'Sugar Free Durian' tapi haram tak jumpa. Harga mahal RM6 sekilo, rupa cantik.....rasa tawar....tak guna.

Durian yang kedua hasilnya lebih baik. Walau isinya tak kuning tapi ada 'rasa durian'. Malangnya aku saspek durian ni dah 2-3 hari punya durian. Isi dia dah mula berair...macam tak berapa fresh. Rumusannya, makcik gerai tadi memang curang dalam bisnes. Wujudnya kes 'prima facie' untuk menipu pelanggan. Tindakan beliau menunjukkan wujudnya niat jahat atau 'mala fide' terhadap para pelanggan yang salah seorangnya adalah aku sendiri.

Makcik gerai dengan sengaja dan sedar melakukan perbuatan; pertama, menggantung tanda harga yang mengelirukan untuk menarik pelanggan. Kedua, menjual produk yang tak berkualiti dengan harga yang mahal.
Apa tindakan aku sebagai pengguna? Nak report Tribunal Pengguna sebab 2 bijik durian tadi? Buat bodoh je? Senarai hitam gerai makcik tu?

Kalau benda ni jadi kat korang, apa korang buat?

Tuesday, March 1, 2011

PILIHANRAYA


Tersebutlah kisah Datuk Q dari Parti Cap Kunci ditanyakan soalan oleh Ah Lek, seorang wartawan. Ah Lek bertanyakan komen beliau apabila orang-orang Parti Cap Kereta menawarkan harga murah bagi sepeket gula kepada penduduk setempat. Adalah dimaklumkan penduduk setempat itu akan mengundi untuk satu mini pilihanraya. Dimana parti Datuk Q dan Parti Cap Kereta akan berentap.


Ah Lek: Apa komen Datuk bila orang Parti Cap Kereta jual harga gula dengan murahnya kepada penduduk disini?


Datuk Q: Haaa..tu dia la. 'Time' nak pilihanraya macam ni baru terhegeh-hegeh nak 'offer' gula murah la, beras murah la. Kalau berani jual la dengan harga yang sama kat tempat lain... Diorang tak berani punya.


Ah Lek: Apa maknanya tu Datuk?


Datuk Q: Maknanya diorang tu ketandusan idea nak pancing undi. Sengaja tarik perhatian pengundi dengan menggula-gulakan mereka dengan harga gula yang murah.


Leman, budak lepasan UPSR yang tengah tunggu tawaran masuk sekolah asrama penuh kebetulan berdiri tercegat sebelah Ah Lek. Leman dengan tidak semena-mena menyampuk.

Leman: Pakcik pun sama...! pakcik pun sama....! Orang-orang parti pakcik bagi peruntukan macam-macam kat kami sekarang ni. Kenapa sebelum ni takde? Kalau berani bagi la peruntukan yang sama kat tempat lain.

Leman: Pakcik pun sama...! pakcik pun sama...! Bagi elaun & bonus kat cikgu kami tapi kenapa majlis buat disini? Tak di Putrajaya? Kan lebih sesuai.

Leman: Pakcik pun sama jugak macam yang lain-lain...! Bila nak pilihanraya baru terhegeh-hegeh repair jalan, bagi bantuan, melawat orang miskin, salam-salam dengan orang kampung...

Leman terus berlari meninggalkan Datuk Q yang terkulat-kulat menahan malu depan para wartawan sambil menjerit "Pakcik pun sama..! pakcik pun sama...!!

Datuk Q: Gampang punye budak! Siap lu!! (dalam hati)


PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...