Tuesday, March 1, 2011

PILIHANRAYA


Tersebutlah kisah Datuk Q dari Parti Cap Kunci ditanyakan soalan oleh Ah Lek, seorang wartawan. Ah Lek bertanyakan komen beliau apabila orang-orang Parti Cap Kereta menawarkan harga murah bagi sepeket gula kepada penduduk setempat. Adalah dimaklumkan penduduk setempat itu akan mengundi untuk satu mini pilihanraya. Dimana parti Datuk Q dan Parti Cap Kereta akan berentap.


Ah Lek: Apa komen Datuk bila orang Parti Cap Kereta jual harga gula dengan murahnya kepada penduduk disini?


Datuk Q: Haaa..tu dia la. 'Time' nak pilihanraya macam ni baru terhegeh-hegeh nak 'offer' gula murah la, beras murah la. Kalau berani jual la dengan harga yang sama kat tempat lain... Diorang tak berani punya.


Ah Lek: Apa maknanya tu Datuk?


Datuk Q: Maknanya diorang tu ketandusan idea nak pancing undi. Sengaja tarik perhatian pengundi dengan menggula-gulakan mereka dengan harga gula yang murah.


Leman, budak lepasan UPSR yang tengah tunggu tawaran masuk sekolah asrama penuh kebetulan berdiri tercegat sebelah Ah Lek. Leman dengan tidak semena-mena menyampuk.

Leman: Pakcik pun sama...! pakcik pun sama....! Orang-orang parti pakcik bagi peruntukan macam-macam kat kami sekarang ni. Kenapa sebelum ni takde? Kalau berani bagi la peruntukan yang sama kat tempat lain.

Leman: Pakcik pun sama...! pakcik pun sama...! Bagi elaun & bonus kat cikgu kami tapi kenapa majlis buat disini? Tak di Putrajaya? Kan lebih sesuai.

Leman: Pakcik pun sama jugak macam yang lain-lain...! Bila nak pilihanraya baru terhegeh-hegeh repair jalan, bagi bantuan, melawat orang miskin, salam-salam dengan orang kampung...

Leman terus berlari meninggalkan Datuk Q yang terkulat-kulat menahan malu depan para wartawan sambil menjerit "Pakcik pun sama..! pakcik pun sama...!!

Datuk Q: Gampang punye budak! Siap lu!! (dalam hati)


No comments:

Post a Comment

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...