Tiap kali aku pass through gerai durian ni, bau durian semerbak merempuh deria bau aku. Godaannya mengalahkan godaan Angelina Jolie. Selama seminggu aku gagah menangkis godaan itu. Tetapi hari ini aku gagal. Aku terperangkap dalam buaian haruman durian yang tidak berkesudahan. Aku nekad!!
On the way balik rumah aku singgah gerai durian ni. Fuh, berlambak-lambak durian yang 'seksi' menari-nari didepan mata aku. Oh, RM2 sekilo..murah!! Aku mula plan nak beli 5 bijik. Malam ini aku akan tidur kepuasan. Selepas menjamah durian yang seksi. Hahaha...
"Makcik, durian yang ni berapa harga dia sekilo?" tanyaku dengan sopan. "Ooo, yang ni RM6 sekilo, yang ni RM12 sekilo...isi dia kuning dan lazat" jawab makcik gerai. What the heaven!!? Harga RM2 yang terpampang besar kat depan gerai ni untuk durian mana pulak? Makcik ni dah tipu aku!!
Mahal betol durian ni. Oh, mungkin durian Russia...ataupun durian Turkmenistan...barang 'baeekk' mesti la mahal. "Durian yang kat bawah tu harga dia RM2 sekilo" kata makcik tu lagi. Yang dah 'rentung tu RM2?!! Oh, itu mungkin durian Indon...ataupun durian Vietnam yang dah 'lunyai'.
"Aku nak yang RM6 sekilo ni makcik, tapaukan 3 bijik", aku meng'order'. Makcik gerai ambik 3 bijik durian...masuk plastik...terus timbang. Harga semua sekali RM21. Aku bukak dompet...tarik not 'singgit-singgit' 21 keping. Makcik gerai pandang sambil geleng kepala. Aku saspek dia mesti ingat aku tengah sengkek tapi gagah lagi nak beli durian daripada beli nasik untuk makan malam.
Aku tak peduli itu semua. Lepas bayar aku terus cau. Sempat lagi aku buat drift depan gerai makcik tu. Berdebu habis satu gerai termasuklah durian 'rentung' sekilo RM2 dia. Padan muka, tipu aku lagi. Hahaha...
Sampai rumah aku terus capai parang. Lagipun wife aku takde kat rumah. Kalau dia ada, perkara pertama yang aku buat bila sampai rumah adalah - minum teh tarik!! Lepas penat balik kerja, pekena teh tarik dengan keropok lekor goreng memang mantap!! Hari ni rutin tu berubah, durian tadi akan aku kerjakan dulu.
Aku kupas 2 bijik je. Selebihnya simpan untuk wife aku. Esok dia balik. At least terubat la sikit penat dia lepas travel jauh-jauh. Tak la dia mengamuk sangat tengok baju kotor yang aku longgokkan 3 hari.
Durian yang pertama hasilnya boleh mendatangkan marah. Isi kuning macam emas 916 tapi tawar tak rasa apa. Aku selak balik kulit durian tu, mana tau ada tag bertulis 'Sugar Free Durian' tapi haram tak jumpa. Harga mahal RM6 sekilo, rupa cantik.....rasa tawar....tak guna.
Durian yang kedua hasilnya lebih baik. Walau isinya tak kuning tapi ada 'rasa durian'. Malangnya aku saspek durian ni dah 2-3 hari punya durian. Isi dia dah mula berair...macam tak berapa fresh. Rumusannya, makcik gerai tadi memang curang dalam bisnes. Wujudnya kes 'prima facie' untuk menipu pelanggan. Tindakan beliau menunjukkan wujudnya niat jahat atau 'mala fide' terhadap para pelanggan yang salah seorangnya adalah aku sendiri.
Makcik gerai dengan sengaja dan sedar melakukan perbuatan; pertama, menggantung tanda harga yang mengelirukan untuk menarik pelanggan. Kedua, menjual produk yang tak berkualiti dengan harga yang mahal.
Apa tindakan aku sebagai pengguna? Nak report Tribunal Pengguna sebab 2 bijik durian tadi? Buat bodoh je? Senarai hitam gerai makcik tu?
Kalau benda ni jadi kat korang, apa korang buat?
Baling balik kulit durian tu kat pale makcik tu :P
ReplyDeletejgn cam 2 la han. pulang je kulit durian 2 elok2 dan bg cadangan kt mak cik 2 jual gula skali...
ReplyDeleteharap dia sedar sendiri & insaf..
ReplyDelete