Korang pernah dengar perkataan Near Miss? Bagi yang pernah tu, kalau aku salah explain korang tegur la. Bagi yang tak pernah dengar tu, aku akan jelaskan kat sini. Near Miss adalah satu istilah yang biasa didengar dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety & Health). Organisasi yang terbabit dalam industri berat biasanya concern giler bab keselamatan & kesihatan pekerjaan dimana risiko para pekerja terdedah dengan kemalangan di tempat kerja adalah tinggi. Mana-mana projek yang mempunyai kes Near Miss yang tinggi, KPI diorang memang teruk. Sebab diorang tak well manage prosedur/tempat kerja & identify safety hazard sampai kes Near Miss berlambak.
Aku ni pengalaman takla banyak mana, baru nak belajar-belajar jugak. Apa yang aku tengok, industri berat macam sektor minyak & gas memang jaga betul tahap keselamatan para pekerja yang terlibat dalam projek yang diorang laksanakan. Sebab apa? Sebab isu ni melibatkan reputasi syarikat. Siapa nak kerja dengan syarikat yang ada rekod pekerja putus tangan bulan lepas seramai 12 orang? Korang nak kerja dengan syarikat yang 2 bulan lepas 10 orang pekerja mati kena timpa besi? Walaupun syarikat tu offer gaji 10K sebulan untuk jawatan 'grinder' je, aku berani jamin tak ramai yang sanggup. Bila pekerja kurang & bekerja dalam persekitaran yang merbahaya, automatik produktiviti pun menjunam. Bila produktiviti menjunam, produk yang dihasilkan jugak melingkup. Bila produk melingkup, cuba bagitau customer mana yang berani datang nak beli produk syarikat tu?
Tapi aku pelik sikit dengan sektor pembinaan bangunan/civil work yang aku perhatikan agak sambil lewa dalam hal ni. Macam mana pekerja diorang bekerja ditingkat 4-5 dengan tak pakai topi keselamatan, berseluar pendek, berselipar dan tak pakai abah-abah keselamatan? Dah la kat level tu satu 'hard barricade' pun takde. Buatnya si Hartono Suradja tergelincir jatuh kebawah macam mana? Aku bagitau kat korang eh, bangunan yang diorang tengah buat tu adalah bangunan institusi kerajaan yang menguatkuasakan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan! Kontraktor yang terlibat pulak bukan Syarikat Pembinaan Lim Tat Enterprise ok..tapi syarikat pembinaan Kelas A. Ni bukan fitnah geng, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri.
Balik pada cerita Near Miss tadi. Near Miss dalam bahasa melayu bermaksud kejadian nyaris. Kejadian nyaris ini didefinasikan sebagai satu kejadian atau keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pekerja dan kerosakan harta benda. Kalau korang nak ayat yang lebih 'law', boleh la rujuk kat mana-mana buku akta keselamatan & kesihatan pekerjaan. Aku memang susah nak hafal ayat law ni, berbelit-belit. Cukuplah pengalaman aku jawab paper law masa study dulu, seksa nak ingat klausa sekian-sekian...kes sekian-sekian. Karpal Sigh memang cukup hebat la pasal benda-benda law ni.
TAPI benda alah Near Miss bukan berlaku dalam kawasan kerja je geng. Kat JALANRAYA pun boleh berlaku. Buletin Utama TV3 selalu siar berita kemalangan maut (fatality) terutamanya bila tiba musim perayaan. Korang mesti dah tau kan, Malaysia adalah negara yang tersenarai sebagai salah sebuah negara yang merekodkan jumlah kemalangan jalanraya tertinggi di dunia. PUNCA utama adalah SIKAP pemandu, cuaca, keadaan jalan, cuai dan masalah teknikal pada kenderaan.
SIKAP pemandu yang paling utama. Kalau drive BMW X5 sekalipun, tapi rilek je memotong ikut lane kecemasan masa kat hiway tu apa kejadahnya? Owner BMW X5 takkan kerja macai macam aku ni kot (kalau macai macam aku pakai BMW X5, orang mesti saspek aku makan rasuah atau jual dadah ataupun buat bisnes MLM yang tindas downline). Dah tentu owner dia tawkey besar takpun CEO syarikat besar. Ijazah sarjana kedoktoran bergulung-gulung (andaian aku je) tapi memandu macam orang tak pernah tengok sekolah. Buatnya ada lori treler bawak besi tersadai tepi jalan ko tak perasan macam mana? Confirm langgar punya. Masa tu brek ABS latest technology pun tak dapat nak tolong.
Tu namanya kemalangan disebabkan SIKAP pemandu. Aku bagitau kat korang eh, dari pemerhatian aku, 5 daripada 10 buah kereta yang memotong ikut lane kecemasan ni adalah kereta 'orang kerja besar'. Yang mana harga kereta tak kurang 80K. Kereta besar, kerja besar pulak tu tapi SIKAP, sama macam Hartono Suradja yang nak terjatuh bangunan tadi.
Geng, aku sendiri pernah terlibat dengan Near Miss di jalanraya. Yang paling fresh berlaku pukul 6.00 pagi 14 March 2011. Time aku tengah drive dari rumah ke tempat kerja. Kalau berlaku kemalangan, aku rasa aku akan cedera parah dan paling tragik mungkin hilang nyawa. Sila rujuk ilustrasi dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Geng, aku sendiri pernah terlibat dengan Near Miss di jalanraya. Yang paling fresh berlaku pukul 6.00 pagi 14 March 2011. Time aku tengah drive dari rumah ke tempat kerja. Kalau berlaku kemalangan, aku rasa aku akan cedera parah dan paling tragik mungkin hilang nyawa. Sila rujuk ilustrasi dibawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.
Ilustrasi versi Tadika Taman Teratai ini menunjukkan sebuah lori berwarna kuning sedang berusaha memotong kenderaan yang bersusun kat depan dia. Yang aku ingat, ada sebuah treler & beberapa buah kereta. Suasana masih gelap ditambah pulak lampu jalan sebatang haram pun takde. Keadaan mukabumi jalan yang beralun memang dangerous kalau tak alert sebab kita susah nak jangka kenderaan yang datang dari arah bertentangan. Dengan keadaan dangerous sebegini, cara yang paling selamat adalah dengan mengikut garisan panduan yang dah ditanda di tengah jalan. Bukan saja-saja pekerja kontrak melayu 'mentattoo' garis panjang berkembar atau putus-putus kat tengah jalan tu. Garisan tu membawa maksud yang wajib kita ikut. Aku yakin korang yang ada lesen memandu tau benda ni. Tapi pemandu lori treler kuning ada lesen ke tak?
Bila dah ada tanda dengan garisan panjang berkembar diatas jalan, kita janganla memotong. Tapi kadang-kadang aku potong jugak beb kalau 100% line clear. Aku tak sanggup follow kereta@lori yang bawak macam tengah bersiar-siar dengan awek ditepi pantai. Tapi sang lori treler ni dah tau awak tu tengah sarat, daki bukit pun macam tak larat, jangan la memandai-mandai nak tunjuk kuat. Saja je dia memotong sederet lori & kereta padahal kereta aku & yang lain-lain tinggal lebih kurang 20-30 meter je jaraknya.
Kereta kaler hijau adalah kereta aku. Aku mulanya cuba jugak kawal perasaan, mana tau treler kuning sengal ni sempat memotong & masuk semula ke laluan asal. Tapi sangkaan aku meleset bila treler kuning masih terus gagah memotong. Arahan refleks otak aku menyebabkan aku menekan pedal brek untuk memperlahankan kenderaan bagi melengahkan pertembungan. Sepantas kilat aku pusingkan stering ke kiri jalan dan sekarang kereta aku berada atas permukaan tanah merah berumput dan berbonggol. Kereta aku terus bergoncang sebab meredah permukaan tak rata. Bunyi brek kecemasan kereta belakang memecah sunyi. Lori treler tadi dengan selamba badak lalu disebelah. Aku ingatkan kereta belakang akan bertembung dengan lori treler tapi nasib baik pemandu kereta tu dapat mengelak dengan cara yang sama macam aku. Serius aku tak rasa nak maki hamun driver treler sebab logik otak aku masih berfungsi. Antara maki hamun dengan selamatkan diri, mana yang lebih penting? Aku menggeletar satu badan lepas tu.
Peristiwa aku hampir bertembung dengan lori treler ni termasuk dalam kategori Near Miss. Kemalangan tadi boleh dielakkan kalau pemandu lori treler biadap tu bagi tumpuan & tak pentingkan diri sendiri. Orang lain pun nak cepat sampai ke destinasi masing-masing tapi janganlah sampai ada nyawa yang jadi korban. Kalau betul nak cepat sampai, apesal tak bertolak awal-awal? Pemandu macam ni, kalau lepas ni dia eksiden masuk gaung pun aku tak heran.
Aku berpesan pada diri sendiri & pada sesiapa yang baca entry ni. Kemalangan takkan dapat kita hapuskan 100%. Macam mana ketat la akta & peraturan yang JPJ buat, statistik kemalangan takkan jadi 0. Janganlah amalkan SIKAP macam pemandu treler biadap yang hampir-hampir melibatkan aku dalam kemalangan ngeri. Disebabkan SIKAP kita, diri sendiri & orang lain menjadi mangsa. Walau dimana kita berada, sila UTAMAKAN KESELAMATAN.
Korang setuju?
*Sebarang nama yang disebut didalam entry ini adalah rekaan penulis semata-mata. Tiada kaitan dengan mana-mana individu samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
yuppp...tq atas perkongsian..at least ada idea apa itu near misss
ReplyDelete