Bolehkah sebuah 'Bandar' boleh dikategorikan sebagai 'Bandar' jika:
1. Populasinya belum sampai tahap yang membolehkan ia bergelar bandar.
2. Ada 1 je kedai hardware. Tu pun pukul 6 petang dah tutup. Hari Ahad tak buka.
3. Kekerapan bas untuk penduduk pergi dari satu tempat ke satu tempat dalam kawasan tu lebih kurang 3 jam.
4. Ada 1 je kedai perabot (yang aku nampak). Perabot yang dipamerkan tak banyak pilihan. Kota Tinggi adalah alternatif terbaik untuk membeli perabot.
5. Ada 2 bank je. 1 bank dibuka tahun lepas. Lagi 1 baru je buka bulan lepas. Yang ni kena improve sebab Desaru ni pusat pelancongan. Kemudahan perbankan t ni sangat penting.
6. Ada 1 je stesen minyak. Disyorkan dibuka sekurang2nya satu lagi stesen minyak. Shell/BHP barangkali.
7. Sebatang traffic light pun takde sebab jalan lengang. Kereta lalu sesekali je. Ini bagus, tak semak kepala dengan traffic jam.
8. Nak cari bengkel kereta agak susah. Kalau pelancong punye kereta rosak memang menonong cari location workshop. Serius kena improve sebab lokasi bengkel tak sesuai, jauh dari tumpuan orang ramai. Semua pengusaha bengkel orang melayu & ini tak bagus untuk mereka.
NAMUN BEGITU, terdapat beberapa ciri yang menyerupai bandar di tempat ini apabila:
1. Beberapa kedai makan menjual makanan yang lagi mahal harganya dari kedai makan di Kuala Lumpur atau Johor Bahru (serius boleh tahan mahal....bukan niat nak condemn mana2 pihak...sebagai pengguna aku ada hak bersuara)
2. Terdapatnya fasiliti seperti Balai Polis, Balai Bomba, Pasar Awam, Pejabat Pos, Stadium Mini, Taman Tasik, Stesen Bas & Teksi & Sekolah pelbagai aliran.
3. Sekitarnya terdapat hotel & resort yang bertaburan.
4. Harga sewa rumah boleh tahan mahal. Mungkin sebab permintaan melebihi penawaran.
Tapi tempat ni ada KELEBIHAN@ADVANTAGE juga, seperti:
1. Nak pergi Desaru tengok pantai & ombak sangat senang. 4km je jaraknya dari sini.
2. Kadar jenayah sangat rendah.
3. Kereta tak banyak. Takde masalah traffic jam.
4. Takde tol.
5. Banyak tempat pelancongan yang lain.
Bandar Penawar belum boleh dikategorikan sebagai bandar dalam erti kata yang sebenarnya.Untuk mencapai standard tersebut mungkin memakan masa 5-10 tahun lagi. Diharap dengan siapnya lebuhraya Senai-Desaru, pembangunan disini bertambah rancak. Tapi bila siapnya YB Azalina??
*Entry ini telah disunting semula pada 6 April 2011.
What do u expect? traffic jammed all the way...tall building around the city, cavenzi, Ikea or Harvey Norman store.....glamourous boutique around the corner...
ReplyDeleteAnd the word 'celah semak' for the car workshop....wah!! this is too much.....
masuk tempat orang tolong respect sket mulut tu brader....at least Bandar Penawar memberi sumbangan dalam bentuk pelancongan di Malaysia...
cakap xpakai otak. ade yg kene ngn aku nih.
ReplyDeleteko kalo nk kedai2 mhl cm kt pavilion, klcc tu g la kl..watpe nyemak kt penawar tu.
kt kl tu xsunyi smpai kul 3 pg pon sbb byk pub, kelab malam. what do u expect from this bandar penawar??
xrugi BANDAR penawar tu kalo xde org busuk hati cm ko ni..
dtg la lg cni.ada berani?!!
Mr Anonymous, bukan niat aku nak cari gaduh. Penjelasan boleh dibaca pada entry Bandar Penawar (sambungan) dalam blog aku ni.
ReplyDeleteTerima kasih sebab sudi baca entry ni.
Apabila membaca entry ini saya tidak rasa pon yang ia merupakan satu kritikan...ianya cuma pendapat penulis...masing2 bebas menzahirkan pendapat masing2...
ReplyDeleteSebagai contoh...
ReplyDeleteMat A: Woi Pul, ko ni bawak kereta lama...dah la tak hensem..
Aku yang kena komen macam tu perlu marah ke kalau memang betul aku bawak kereta Toyota KE20..of course muka tak hensem.
Manusia apa yang tak boleh dikritik??
ye sy faham awak ada pendapat sendiri...
ReplyDeletetapi awak kene lah hormat org yg duduk di bandar penawar tu...
ayat tu kalau boleh berlapik sikit...jgn malukan org melayu dgn ayat awak yg rasa dah bagus sngat tu..
sy baca entri nh da 10 kali...dan setiap kali baca entri nh..sy rasa mcm na dtg kat depan awak n na koyak2 kan je molot awak wahai org bandar..!!!!!!!!!
1. Mr./Mrs Anonymous, ini pandangan saya 2 tahun lepas. Tak sama lagi dengan pandangan saya sekarang.
Delete2. Ok. Saya dah 'lapik' beberapa perkataan yang menyinggung perasaan. Harap berpuas hati.
3. Terima kasih kerana membaca pandangan saya dalam blog ini. Lagi satu, kalau boleh perkenalkan diri sebelum komen. Kalau tak awak seolah2 lempar batu sembunyi tangan.
4. Saya asal kampung, bukan orang bandar.
Relax aahh... apa yang you cakap tu memang betul pun. Sekarang saya duduk penawar ni, sebab kerja RAPID. memang tak de pilihan, itu saja yg ada. Nak marah2 pun, kenyataan kot. Orang yg duduk Desaru cakap, Bandar Penawar bandar yang tak hidup... MATI. Tu bukan saya yang cakap tu...Orang Desaru sendiri yang cakap... tapi satu bende I suka sini, jimat sebab tak banya belanja. Nak gi mana2, bandar takat besar tu je, tak sampai 10 minit dah habis round pekan... Tapi nak duduk sini forever... memang tak le... ha ha ha
DeleteInformasi yang bagus, tak rasa sedikit kritik pun.
ReplyDeleteTerima kasih atas penjelasan ^_^
Hello,
ReplyDeletei rasa, komen2 Shaiful itu memang 'constructive', walaupun bahasanya "tajam" sikit. Bandar Penawar ini ada banyak potenti sebagai bandar yang lengkap, lagipun baru2 ini ada banyak project2 oil & gas dan pelancongan dalam perancangan.
ada sesiapa ada komen tentang rumah baru di Desaru Utama tak ? boleh invest ?
WSalam.
Mohon maaf andai kata2 yg mungkin mengguris hati. Tidak sesekali nak condemn tempat orang. Ini pandangan peribadi saya.
DeleteBandar Penawar sekarang totally berubah sejak Senai-Desaru Expressway dibuka. Tambah rancak bila projek RAPID dimulakan di Pengerang.
ReplyDeleteBanyak lot kediaman baru dibina antaranya Desaru Utama & Mutiara Desaru. Pemaju lain juga tak ketinggalan disebabkan jualan hartanah/rumah disini laku macam pisang goreng panas.
Pada pandangan saya, untuk investment sangat sesuai. Rumah/rumah kedai yang dibeli boleh disewa kepada pekerja industri oil/gas dl masa 2-3 tahun lagi. Sekarang pun ada staff Petronas yang menyewa dengan bayaran RM3k sebulan. Ini memang berbaloi.
Rumah yang dibeli juga boleh dijadikan 'home stay' untuk pelancong luar yang melancong di Desaru. Tambahan rumah itu juga boleh disewakan pada pelajar2 kolej berhampiran.
Tak rugi untuk buat investment.
Ye la... Sebab staff Petronas semua duduk LOTUS hotel tu.... nak tak nak, terpaksa tempias la bangunkan Bandar Penawar ni. Tunggu besok RAPID project dah habis, semua area sini will go back to square one. I duduk Ramunia menumpang bilik member i for 2 weeks sebelum i dapat bilik sendiri kat penawar. Rumah mcm kandang kambing, simen tak de tile pun, shower pun tak de, mandi dalam jamban.... orang sewa 1500. memang terkejut beruk. I rasa Penawar, walaupun sewa sama harga lebih kurang, tuan-tuan punye rumah yg nak menyewa ada otak berbanding yg dekat ramunia sana tu. Rumah kat penawar elok, air tak bertakung, lantai elok, cat elok... bila hujan air tak masuk rumah... Alhamdulillah...
DeleteSaya dah beli rumah kat desaru mutiara 2 tahun lepas..di jangka siap dan serah kunci pada bln 12 nie..skg saya dapati harga rumah yang saya beli sekali ganda dari harga asal..memang meletop, bnyk projeck pelancongan sedang rancak di jalankan dan dan di tambah lagi dengan adaNYA projeck RAPID..
ReplyDeleteSaya pun beli rumah disana. Pemaju agak mengecewakan. Serah kunci lambat & mengelak utk bayar denda lewat.
DeleteHarga rumah semi-d sekarang sudah mencecah rm300k keatas. Dalam masa beberapa tahun akan datang, B.Penawar akan lebih pesat membangun.
sangat informatif, tq
ReplyDeleteBandar Penawar ni nama tempat...takkan lah tak paham...Kuala Lumpur tu bukannya kuala pun...orang penawar pun tak kata kita ni semua orang bandar...
ReplyDeleteAwak salah. Kuala Lumpur dapat nama sebab dibangunkan di kawasan kuala Sungai Klang & Sungai Gombak. Dari situ Kuala Lumpur mendapat nama.
Deletemungkin encik shaiful ni bkan asal org sini.. en bandar penawar diuruskn oleh kejora dn mna2 projek perumahn yg kejora buat msti dia ltak bandar (bkan taman) cntoh bandar mas. pn di letak dpnnya bandar sdangkn kawasannya dlm kawasan tanah rancangan felda. sma jga dgn bandar tenggara pn bkan kawasan bandar tp ttap diletak bandar.. apa2 en bleh rujuk dgn
ReplyDeletekejora.. maaf klau sya slh
Terima kasih kerana memberi pandangan. Saya setuju dgn pendapat encik. KEJORA ditubuhkan untuk develop area baru yg mana hasilnya dlm jangka masa panjang area tersebut akan maju dan menjadi bandar. Diberi nama Bandar Penawar/Bandar Sg. Mas/Bandar Tenggara bukanlah sekadar tangkap muat oleh pihak KEJORA. Mereka bertanggungjawab utk memajukan area2 ini.
DeleteSituasinya sama seperti Bandar Pusat Jengka/Bandar Tun Razak di Pahang yang mana area ni taklah membangun seperti bandar2 besar seperti Bandar Baru Bangi/Bandar Baru Uda tetapi perancangan itu ada.
Bandar Penawar ... Mmmm... Internet out.. shopping out.... Kedai basikal pun x de , jangankan motosikal... Chineese Dan mamak mula penuh.... Melayu....berniaga pasar malam Dan pasar ramadhan saje yg layak...bas express .. ntah bila ntah yg ada.. pembangunan baru nak Mula Tapi org melayu cuma lihat dari jauh... Restaurant ...the best..mamak la... Nak cari restaurant melayu 1 bintang pun x de...jangankan nak cari 2 atau 3... Yg ada kat kelip - kelip pun kotor....Kejora tak kawal pengagihan penbelian premises perumahan Dan perniagaan....anda akan lihat Penawar akan jadi air Tawar.Macam JB , macam senibung Dan macam macam lagi....Tergadai kepada bangsa asing juga akhirnya... Jangan marah Kalau dikritik .... Saya Cuba membeli tanah di Penawar Tapi org melayu Lebih berminat menjual kepada bangsa asing yg Lebih Mahal penawaranya..... Sekeping tanah berdekatan pantai Saya tawarkan satu juta...orang seberang tawarkan satu juta Lebih sikit dari Saya....kini tergadai lah hak tersebut.... Kata seorang pujangga...orang melayu ada dua benda...hak bumiputra Dan telur... Kalau tergadai salah satunya maka bacullah jadinya...Jagalah orang Penawar...perkara Ini sedang berlaku kepada anda...
ReplyDeleteBangsa kita suka berkias tapi bukan semua faham. Sesekali kena outspoken bagi kita sedar realiti.
Delete1001 x setuju!!...
DeleteNama je Bandar Penawar, tp kategorinya luar bndr. Kau x tahu jgn bcakap. Bkn smua tmpt yg namanya bandar tu bndar.
ReplyDeleteDiteroka oleh KEJORA pada tahun 1972 sebagai Bandar Baru. Saya percaya pelan pembangunan yang disediakan KEJORA bermatlamat suatu hari nanti B. Penawar akan menjadi sebuah bandar yang memacu ekonomi kawasan sekitar. Betul, buat masa sekarang ia dikategorikan sbg luar bandar.
Deletesaya sedang berada di penawar. bandarnya benar pada nama tapi bukan erti. tak mengapa pada nama kan? sebab di atas dah dinyatakan alasannya. saya cuma ada sedikit komen,… malam tiada kedai makan melayu yang beroperasi di bandarnya. mungkin saya silap sebab saya orang luar, tapi yang meriah hanya 2 kedai mamak di kawasan kedai baru berhampiran sekolah sms. mungkin juga kerana pertengahan minggu, walaupun cuti sekolah. tapi saya suka ketenangan bandar ini.
ReplyDeleteSetuju. B.Penawar satu tempat yg aman damai dan tenang. Jujurnya persepsi saya pada B.Penawar tidak seperti mula2 saya menjejakkan kaki & tinggal disana selama 4 tahun. In sha Allah 1 hari nanti saya akan kembali kesana sebab memang dah beli rumah disana.
ReplyDeleteKedai makan ada cuam kena explore sikit sebab lokasinya tidak bertumpu pada satu tempat. Antara tempat makan waktu malam saya rekomen:
1. Bujang Firefly Seafood - restoren terapung dia hutan paya bakau. Hidangan makanan Thai. Not bad. Lepas makan boleh keluar duit sikit utk tour tengik firefly.
2. Dataran Penawar - Tak jauh dari kampus INSTEDT. Pelbagai gerai menjual bakso, satay, masakan goreng, mee bandung & western.
3. R&R Penawar (selepas tol penawar belok kiri) - ada beberapa kedai tapi saya cadangkan kedai makanan laut Laksamana seafood. Cuma masalahnya kedai ni tak konsisten buka. Kejap buka kejap tak.
Ada lagi beberapa kedai makan, macam saya cakap tadi tuan kena explore sikit.
Maaf mencelah. Bila sy baca post ni. Sy faham. Ianya bukan tentang bandar ke luar bandar ke. Tapi facilities utk penduduk bandar penawar tu sendiri. Sy pon baru pindah sini. Housewife dan takde lesen. Bila jalan kaki ke kawasan kedai, mmg sedih. Byk bende susah nak dapat. Lagi2 utk org yg baru pindah, byk bende yg diperlukan. Kita tak expect ada mid valley ke klcc ke apa. Tp kemudahan. Entah kenapa komenter yang pertama tu marah betul dgn post ni. Sy duduk kampung kat melaka pon mcm2 kedai ada. Kedai basikat. Workshop. Pet shop. Kedai perabut. Mcm mcm
ReplyDeletePerasaan puan sekarang sama seperti apa yang saya rasa masa mula2 sampai & menetap di Bandar Penawar. Tapi secara perlahan-lahan puan akan terbiasa. Sebelum adanya bangunan kedai di Desaru Utama, kedai2 runcit hanya bertumpu di pusat perniagaan berdekatan pejabat KEJORA. Pada yang takde kenderaan & rumah jauh, pasti akan mengeluh. Sekarang banyak pembangunan sejak projek RAPID bermula.
Deleteada entry tentang taman tasik penawar tak ?
ReplyDeleteSalam,
DeleteSaya memang takde publish entry pasal taman tasik penawar tapi tempat tu paling selalu kami anak beranak melepak tengok ikan tilapia. Campak roti & talapia2 tu akan berebut sambar roti sampai melopong anak2 tengok. Kat tasik penawar juga ada dataran siap dengan stage & deretan kedai2 makan yang mana 2-3 buah kedai makan tu memang saya selalu makan sebab sedap (antaranya kedai jual me bandung muar/western food/kacang pool).
saya sampai sini tahun 2013.. and now 2021, dah 8 tahun duduk sini.. totally berubah dah penawar skrg.. jauh beza masa zaman saya smpai sini dlu.. mmg jauh beza
ReplyDeletesaya mula menetap di Bandar Penawar pada penghujung 2010. waktu tu serba serbi tak selengkap macam yang ada hari ni. dalam artikel ni pun saya ada menjangkakan perubahan akan berlaku dalam masa 5-10 tahun. dan hasilnya selepas 11 tahun (2021) seperti yang saya jangkakan. Bandar Penawar boleh dikatakan serba lengkap & menjadi tarikan. Secara tak langsung menjana ekonomi penduduk setempat.
Delete