Nasib Bangsa Yahudi (Era Nazi)
Aku bolehlah dikatakan peminat fakta sejarah tamadun manusia khususnya tentang sejarah Perang Dunia ke-2. Walaupun perang itu sendiri sebenarnya adalah tindakan manusia yang tidak bertamadun. Manusia yang bertamadun penuh dengan jati diri, bersikap baik sesama manusia tanpa mengira kaum dan agama, menolak kekejaman dan hidup mengikut peraturan.
Hanya perang menentang pencerobohan dikira suatu perbuatan bermaruah. Perang untuk mempertahankan negara yang berdaulat, agama dan bangsa dari dicerobohi musuh. Mungkin disebabkan itulah kesemua pasukan tentera dari pelbagai negara didunia ini diletakkan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan ataupun Ministry of Defence, bukannya Kementerian Peperangan ataupun Ministry of War. Ia lebih kelihatan 'bermaruah' walaupun sesetengah negara secara terang-terangan 'melacurkan' maruahnya sendiri dengan menyerang negara lain.
Channel National Geographic baru-baru ini menyiarkan dokumentari tentang 'Nazi Death Squad' yang beroperasi di Eropah semasa penguasaan Hitler di sebahagian besar benua tersebut pada tahun 1939 hingga 1942. Iaitu ketika berlangsungnya Perang Dunia Ke-2. 'Nazi Death Squad' juga dikenali dengan nama 'Einsatzgruppen' ataupun pasukan 'gerak khas' berada dibawah naungan pasukan 'Schutzstaffel' (SS) Nazi. Ia diarahkan oleh Obergruppenführer Reinhard Heydrich iaitu timbalan kepada Heinrich Himmler. Tugas utama 'Einsatzgruppen' ini adalah untuk menghapuskan secara total seluruh bangsa Yahudi, Gipsi dan pendukung politik Soviet Union.
Ditunjukkan semasa dokumentari itu sebuah rakaman video lama yang diambil semasa operasi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi. Rakaman yang diambil sendiri oleh salah seorang pegawai tentera Nazi ini menunjukkan sebuah lori kecil berisi 5-10 orang lelaki bangsa Yahudi yang dipaksa turun dan diarahkan berlari menuju ke dalam sebuah parit sedalam 6-7 kaki. Mereka ini kemudiannya dipaksa berbaris membelakangkan skuad penembak Nazi pada jarak lebih kurang 2-3 meter. Tidak lama kemudian tembakan dilepaskan dan mereka ini rebah ke bumi. Mayat ini kemudiannya dikambus serta merta. Kumpulan lelaki Yahudi berikutnya akan menyusul masuk ke dalam parit maut ini. Sehingga dicatatkan jumlah bangsa Yahudi yang terkorban pada peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Babi Yar mencecah angka 33,771 orang dalam masa dua hari sahaja. Ini tidak termasuk peristiwa di Rumbula dimana seramai 25,000 bangsa Yahudi dibunuh dengan kejam, juga dalam masa dua hari.
Gambar bangsa Yahudi ditembak oleh Einsatzgruppen. (Ihsan Google)
Peristiwa pembunuhan bangsa Yahudi secara besar-besaran di Eropah ini kemudiannya digelar sebagai Peristiwa Holocoust. Dimana menurut statistik Barat, dipercayai hampir enam juta bangsa Yahudi dibunuh oleh tentera Nazi secara sistematik.
Kekejaman Nazi ini adalah diluar batasan manusia. Manusia yang dicipta dengan fikiran yang bijak serta mampu membezakan antara baik dan buruk sanggup membunuh spesisnya sendiri walaupun berlainan bangsa atas sebab ideologi gila Adolf Hitler. Pertumbuhan ideologi ini boleh dibaca pada naskah Mein Kampf tulisan Adolf Hitler sendiri.
Kekejaman Nazi ini adalah diluar batasan manusia. Manusia yang dicipta dengan fikiran yang bijak serta mampu membezakan antara baik dan buruk sanggup membunuh spesisnya sendiri walaupun berlainan bangsa atas sebab ideologi gila Adolf Hitler. Pertumbuhan ideologi ini boleh dibaca pada naskah Mein Kampf tulisan Adolf Hitler sendiri.
Dokumentari 'Nazi Death Squad' sememangnya berjaya meruntun simpati sesiapa sahaja. Memang benar mangsa adalah bangsa Yahudi yang sekarang mendiami negara haram Israel. Namun sebagai seorang manusia yang waras, tindakan tentera Nazi itu tidak boleh diterima akal. Lebih mengharukan lagi apabila melihatkan kanak-kanak dan juga bayi yang tidak mengerti apa-apa ditembak dengan kejam.
Namun, perasaan itu reda apabila mengingatkan kekejaman tentera Zionis Israel memperlakukan perkara yang sama terhadap bangsa Palestin. Kita tidak akan boleh lupa pada peristiwa pembunuhan beramai-ramai para pelarian Palestin di Kem Sabra & Shatila di Lubnan oleh puak Kristian Phalagists Lubnan dengan kerjasama tentera Israel. Pada 16-18 September 1982, Tentera Israel bertindak mengepung kawasan kem sementara puak Kristian Phalagists Lubnan 'menyelesaikan' semua pelarian palestin didalamnya. Sumber menyatakan bahawa seramai 350 sehingga 3500 orang pelarian Palestin telah dibunuh dengan kejam. Seorang pemimpin tentera Israel yang pastinya berketurunan Yahudi bernama Ariel Sharon adalah watak utama disebalik peristiwa berdarah ini.
Sharon bersama dengan Ketua Turus Tenteranya Rafael Eitan bertemu dengan pemimpin puak Kristian Phalagists Lubnan untuk merancang pencerobohan keatas kem pelarian Sabra & Shatila. Sharon memberitahu bahawa pejuang palestin bertanggungjawab membunuh pemimpin mereka iaitu Bashir Gemayel. Tugas puak Kristian Phalagists pimpinan Elie Hobieka ini adalah menceroboh kem, tangkap pejuang palestin yang terlibat dan serahkan kepada Israeli Defence Force (IDF).
Kemudiannya 1500 militia atas arahan Elie Hobieka berkumpul dan dibawa ke kem dengan bantuan logistik IDF. Unit pertama seramai 150 militia memasuki kawsan kem sementara tentera Israel mengawal perimeter kem tersebut. Pertempuran meletus tidak lama kemudian antara pejuang Palestin dengan militia Kristian Phalagists. Pihak Israel memberikan bantuan seperti menembak 'illuminating flares' diruang udara kem tersebut. Diberitahu oleh saksi iaitu seorang jururawat Belanda "kem tersebut terang seperti stadium ketika perlawanan bolasepak berlangsung".
'Pesta darah' itu berterusan sehingga ke tengah malam. Ibu pejabat IDF di Barat Beirut diberitahu bahawa hampir 300 orang telah terbunuh. 36-48 jam berikut menyaksikan militia Kristian Phalagists terus 'menyembelih' pelarian Palestin yang tidak berdosa. Satu catatan menyebutkan seorang militia bertanya kepada komander mereka akan apa tindakan yang patut diambil keatas wanita dan kanak-kanak? Hobeika berkata "Jangan ditanya lagi soalan begini, kamu sepatutnya tahu apa yang perlu dilakukan". Ia disambut dengan gelak ketawa oleh para militia. Apakah nasib para wanita dan kanak-kanak ini? Sudah pasti mereka turut menjadi mangsa sembelihan syaitan bertopengkan manusia ini. Mungkin juga mereka diseksa dan dirogol sebelum dibunuh.
Mayat pelarian palestin yang dibunuh (Ihsan Google)
Mayat-mayat yang bergelimpangan kemudiannya dilupuskan untuk menghilangkan bukti. Rumah-rumah pelarian dirobohkan dengan jentera berat sumbangan IDF. Di akhir peristiwa, seramai 350 sehingga 3500 pelarian 'berjaya disembelih' oleh puak militia Phalagists.
Tentera Nazi memang kejam kerana menembak bangsa Yahudi dalam usaha menghapuskan bangsa tersebut dari muka bumi. Akan tetapi bangsa Yahudi Israel berkali ganda lebih kejam dengan mengatur penyembelihan pelarian Palestin. Mereka diseksa, disembelih tanpa belas ihsan. Mayat mereka disodok dengan jentera berat hingga ada yang berkecai tanpa dapat dikenal pasti lagi.
Mengenangkan peristiwa Sabra & Shatila ini, juga akan apa yang dilakukan oleh Yahudi Israel terhadap bangsa Palestin sejak tahun 1948, aku dah tak berasa kasihan lagi pada nasib bangsa Yahudi yang dibunuh tentera Nazi semasa Perang Dunia Ke-2 dulu.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteTeruskan menulis mengenai isu-isu yang berkaitan dengan sejarah perang manusia. Buat kajian mendalam dan huraikan sebab mengapa manusia boleh saja berperang demi kepentingan sendiri. Saya juga tertanya2 dengan falsafah hidup manusia yang suka membunuh spesisnya sendiri. Mohon kongsikan pandangan:)
Pada saya, sejarah manusia ibarat roda. Segala peristiwa akan berulang-ulang dan peperangan, pembunuhan, penjarahan adalah peristiwa yang paling kerap berulang.
ReplyDeleteManusia sanggup berperang dan membunuh atas sebab 1)mempertahankan diri, 2)perbezaan ideologi, 3)perebutan dan beberapa sebab lain. Tetapi jika diteliti, segala peperangan yang terjadi adalah berpunca dari 3 sebab utama tadi.
Selalunya saya sendiri tak faham mengapa kita perlu berperang jika ada jalan lain yang boleh diambil untuk menyelesaikan kekusutan tanpa pertumpahan darah.
mantap pak abuu
ReplyDelete