Bila aku fikir-fikir balik, kenapa aku ikut sama hanyut dalam arus penulisan blog? First entry aku dalam blog adalah pada tahun 2009. Waktu para otai bloggers sudah lama menunjukkan belang. Kalau tidak, masakan Syed Azidi & Raja Petra begitu digeruni parti pemerintah kerana 'lantangnya' penulisan mereka di dalam blog.
Ketika itu aku baru berjinak-jinak dengan Facebook dan mula mual dengan Friendster. Serius, aku benci pada Facebook pada awalnya namun bertukar sebaliknya tidak lama selepas itu. Sekarang aku mula rasa mual pada Facebook dan mula mengaktifkan diri dalam dunia blog. Aku tak suka meniru-niru atau terikut-ikut tetapi dalam tak sedar aku turut hanyut dalam rentak zaman.
Suatu ketika zaman aku sekolah menengah, adalah perkara biasa melihat kumpulan budak sekolah berpakaian barat. Barat yang aku maksudkan disini bukan kot, bertali leher dan berkemeja lengan panjang. Tapi baju lusuh, sendat, koyak, hamis dan bercorak pelik! Aku pantang tengok budak-budak sekolah belum habis PMR terhenjut-henjut dengan seluar jeans ketat, berkasut boot, baju lambang Nazi dan berkepala botak. Punk Oi kononnya. Semuanya aku yakin terikut-ikut dengan kawan sebaya. Kalau ditanya sejarah wujudnya ideologi Punk itu kepada budak-budak sekolah tadi, aku yakin seorang pun takkan tahu. Semuanya ikut-ikutan.
Macam tu juga dengan zaman blog. Ada yang menjadikan blog sebagai medium menonjolkan kreativiti. Ada yang berjuang untuk menegakkan prinsip mereka. Ramai juga yang mempunyai blog untuk mencari 'silent income' dan tak kurang juga yang cuma ikut-ikutan.
Aku tak se'kreatif' dan se'kritis' empunya blog seperti Basuh Baju, Teh Tarik Gelas Besar ataupun Hilang Punca dan seangkatan dengannya. Tak juga terlalu keras memperjuangkan prinsip hingga menjadikan blog untuk mengumpul pengikut. Namun ada niat untuk menjadikan blog sebagai 'silent income' dan selebihnya adalah ikut-ikutan.
Aku tak tau sampai bila aku akan bertahan.
No comments:
Post a Comment