Tidak dinafikan bahawa teknologi nuklear digunakan secara meluas khususnya dalam bidang perubatan dan juga didalam bidang industri. Sebagai contoh, sinar X digunakan untuk mengimbas tubuh badan pesakit manakala sinar Gamma digunakan untuk mengesan sebarang kecacatan pada sambungan kimpalan logam. Nuklear juga boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik yang banyak dengan kos yang murah. Maka ia sering menjadi pilihan beberapa negara termasuklah Malaysia sebagai sumber tenaga alternatif berikutan sumber tenaga bahan api fosil yang semakin berkurangan.
Menurut statistik yang dikeluarkan kerajaan, dalam masa beberapa tahun yang akan datang, bekalan bahan api fosil iaitu minyak dan gas akan mulai berkurangan. Ini memberi kesan kepada negara untuk mengekalkan bekalan tenaga elektrik memandangkan sumber bahan api fosil ini digunakan dengan meluasnya untuk menjana tenaga elektrik. Malaysia pada masa hadapan akan mengalami krisis bekalan tenaga yang runcing jika sumber tenaga alternatif tidak dibangunkan. Kestabilan bekalan tenaga amat penting untuk mengekalkan momentum kearah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 dimana keperluan tenaga untuk kegunaan domestik dan industri semakin meningkat. Negara tidak lagi boleh bergantung harap kepada sumber bahan api fosil yang semakin berkurangan ini. Untuk itu, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk menjadikan nuklear sebagai satu sumber tenaga yang baru.
Niat kerajaan Malaysia untuk membina reaktor nuklear menjelang 2021 dan 2022 membangkitkan kebimbangan rakyat. Kita dicanangkan bahawa nuklear adalah sumber tenaga yang paling 'bersih' berbanding bahan api fosil. Proses penjanaan tenaga elektrik menggunakan nuklear tidak menghasilkan gas karbon dioksida yang menyebabkan kesan rumah hijau. Bersih disini cuma ketika proses penjanaan tenaga elektrik di logi reaktor nuklear sahaja. Dimana hampir tiada karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera dan jika adapun pembebasan tidak melebih 6g karbon setiap kilowatt-jam elektrik, berbanding gas yang menjangkau anggaran 230g, minyak dan petroleum 340g, dan arang batu 350g.
Walaubagaimanapun, banyak gas karbon dioksida dibebaskan ke atmosfera semasa proses menghasilkan uranium bermutu tinggi yang digunakan di dalam reaktor nuklear. Jumlah gas karbon dioksida yang di dibebaskan ke atmosfera untuk menghasilkan uranium bermutu tinggi adalah lebih banyak berbanding dengan apa yang dihasilkan oleh pembakaran bahan api fosil.
Risiko yang perlu dihadapi jika tenaga ini digunakan adalah dari segi kesihatan manusia. Proses perlombongan dan pengkayaan Uranium untuk dijadikan sumber tenaga nuklear menghasilkan sisa seperti radium dan gas radon. Kedua-dua bahan ini amat bertoksik dan merbahaya kepada hidupan dimana ia memberi kesan teruk kepada genetik hidupan terutamanya manusia. Bayangkan perasaan para pekerja yang terlibat didalam industri perlombongan dan pengkayaan Uranium. Juga penduduk disekitar kawasan perlombongan dan pengkayaan Uranium ini.
Risiko yang perlu dihadapi jika tenaga ini digunakan adalah dari segi kesihatan manusia. Proses perlombongan dan pengkayaan Uranium untuk dijadikan sumber tenaga nuklear menghasilkan sisa seperti radium dan gas radon. Kedua-dua bahan ini amat bertoksik dan merbahaya kepada hidupan dimana ia memberi kesan teruk kepada genetik hidupan terutamanya manusia. Bayangkan perasaan para pekerja yang terlibat didalam industri perlombongan dan pengkayaan Uranium. Juga penduduk disekitar kawasan perlombongan dan pengkayaan Uranium ini.
Tun Dr. Mahathir sendiri tidak bersetuju akan idea ini dimana beliau mempunyai pengalaman buruk berkaitan nuklear ketika menjadi Perdana Menteri walaupun beliau keberatan untuk menceritakan apakah kejadian yang dimaksudkannya. Krisis logi reaktor nuklear Fukushima Daichi di Jepun akibat gempa bumi dan tsunami menjadi contoh terbaru betapa berisikonya sesebuah logi reaktor nuklear khasnya kepada masyarakat sekeliling dan dunia amnya. Bahan radioaktif yang terlepas mampu tersebar sejauh beberapa ribu kilometer hingga ke Amerika dan Eropah.
Letupan reaktor nuklear Chenorbyl di Pripyat, Ukrainian SSR, Soviet Union (sekarang dikenali sebagai Ukraine) pada 26 April 1986 telah mengakibatkan bandar itu ditinggalkan oleh penghuninya. Letupan di reaktor nuklearnya telah menjejaskan kehidupan 9 juta penduduk yang terdiri daripada 2.5 juta penduduk di Belarus, 3.5 juta penduduk di Ukraine dan 3 juta di Rusia. Kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ialah 160,000 km persegi dan ia melibatkan tiga republik. Untuk 30 tahun selepas peristiwa itu, kanak-kanak masih terdedah kepada barah tiroid.
Hingga kini juga kes kelahiran bayi-bayi cacat masih berlaku dalam kalangan masyarakat di kawasan yang tercemar dengan bahan radioaktif ini. Bahan radioaktif mampu merosakkan kod genetik manusia dan hasilnya berlakunya kemandulan dan pelbagai penyakit. Jika mereka mampu melahirkan anak sekalipun, anak tersebut berkemungkinan besar akan cacat fizikal ataupun menghidap penyakit merbahaya.
Peristiwa kebocoran radioaktif di reaktor nuklear Chernorbyl (Ukraine), Three Miles Island (Amerika Syarikat) dan yang terbaru di Fukushima (Jepun) nampaknya masih belum mampu menyedarkan beberapa orang 'pakar nuklear' tempatan. Para profesor universiti dalam negara begitu yakin yang Malaysia mampu membangunkan reaktor nuklearnya sendiri. Mereka kelihatan over confident dan over positive thinking yang mana boleh mengundang padah. Mereka sepatutnya tahu bahawa sehingga kini tiada kaedah yang benar-benar selamat untuk melupuskan sisa radioaktif.
Merancang dan membina tidak susah walaupun kita masih belum mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang ini. Cuma sediakan beberapa bilion duit pembayar cukai dan upah para consultant luar negara untuk membangunkannya. Para jurutera mahir dari luar negara kemudiannya akan digaji untuk mengendalikan reaktor tersebut dengan dibantu beberapa orang 'fresh engineer' tempatan.
Dimana lokasi yang sesuai untuk membina reaktor nuklear ini? Mungkin boleh didirikan disebelah kawasan rumah para profesor yang berkeyakinan tinggi dan bijak tadi. Juga disebelah kawasan rumah para menteri. Mereka pasti bersetuju. Rakyat marhaen yang tidak berkepentingan macam kami terus terang tidak bersetuju sama sekali ia dibina dikawasan kami. Ia amat berisiko. Mereka mungkin berkata "Ah, kamu semua hanya tahu berfikiran negatif saja!". Sedarkah anda, disebabkan negative thinking lah pelbagai peralatan keselamatan untuk menyelamatkan nyawa dicipta. Orang tidak akan mencipta peralatan keselamatan jika tiada sekelumit pun negative thinking dalam minda mereka.
Siapa yang boleh memberi jaminan bahawa segala langkah keselamatan diambil untuk mengelakkan kejadian seperti di Chernobyl terjadi? Negara yang merintis teknologi nuklear seperti Amerika Syarikat dan Russia juga pernah gagal dalam mengurus reaktor nuklear mereka hingga berlakunya tragedi kemanusiaan yang kekal hingga kini. Malaysia, dimana struktur jejambat lebuhraya MRR2 pun retak, masih banyak jalanraya yang berlubang sana sini, kerja menyenggara bangunan Parlimen pun masih tidak dipantau dengan teliti hingga berlaku kebocoran disana sini dan banyak lagi projek bermasalah lain. Bagaimana pula untuk mengurus reaktor nuklear yang memerlukan kepakaran tinggi dan melibatkan teknologi yang kompleks. Ditambah pula dengan kos penyelenggaraan reaktor nuklear yang tinggi dan berisiko. Begitu juga dengan kos pengurusan sisa radioaktif. Kosnya sangat tinggi berbanding kos membaiki jalan berlubang diseluruh negara yang mana sampai sekarang masih banyak yang belum diperbaiki lagi.
Disini kami meminta kerajaan membatalkan niat untuk membina logi reaktor nuklear diatas bumi Malaysia yang indah ini kerana:
1. Pembinaan logi nuklear sangat berisiko untuk berlakunya kebocoran radiasi.
2. Malaysia belum mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengendalikan tenaga nuklear.
3. Kos pembinaan, pengurusan logi, penyenggaraan dan pegurusan sisa radioaktif adalah tinggi. 4. Sisa radioaktif akan menyebabkan pencemaran yang dahsyat dalam jangka masa panjang.
5. Bahan radioaktif adalah bahan galian juga dimana penggunaannya pasti akan mengurangkan stok bekalan dunia.
Kita boleh sama-sama fikirkan alternatif lain sebagai ganti kepada sumber tenaga bahan api fosil bukannya dengan menggunakan nuklear. Terdapat banyak kaedah yang boleh dimajukan untuk menjana kuasa elektrik seperti kuasa angin, kuasa solar, kuasa hidro elektrik, bio-gas, geo-termal dan ombak. Kesimpulannya, penggunaan nuklear untuk menjana tenaga elektrik adalah tidak selamat dan lebih banyak mendatangkan kesan sampingan jangka masa panjang.
saya sokong!!
ReplyDeletecube try tgk blog nie
ReplyDeletehttp://utmr.blogspot.com/search/label/nuklear