Pada
pukul 10 pagi, aku dah berada dalam perut pesawat Boeing 777. Pesawat hanya
berlepas pada pukul 10.45 pagi dek kerana trafik pesawat di Dubai Airport yang
sesak sehinggakan untuk berlepas aku dapat perhatikan banyak pesawat yang
‘beratur’ menunggu giliran untuk berlepas. Didalam pesawat tren penumpang dah
berubah yang mana rata-rata penumpang adalah bangsa Afrika dan juga China.
Warga China adalah pekerja binaan bagi syarikat-syarikat China yang sekarang
ini antara pelabur luar utama bagi kerajaan Angola. Tempat duduk aku ditengah-tengah pesawat dan
tempat duduk sebelah adalah kosong dan seorang penumpang warga Afrika duduk
selang 1 tempat duduk belah kiri aku. Aku perhatikan penumpang mengisi hampir
80% daripada kapasiti pesawat. Perjalanan dari Dubai ke Luanda mengambil masa 7
jam. Aku sampai di lapangan terbang Quatro de Fevereiro, Luanda pada pukul 5
petang waktu Angola.
|
Suasana dalam pesawat ke Luanda
|
|
LCD monitor peneman 7 jam perjalanan |
Lapangan
terbang ni aku perhatikan tidaklah secanggih Dubai airport. Penumpang turun
dari pesawat dengan tangga dan 2 buah bas dah sedia menunggu dilandasan.
Penumpang kemudiannya akan menaiki bas berhawa dingin dan dibawa ke balai
ketibaan yang jaraknya lebih kurang 500 meter dari pesawat. Lapangan terbang
Quatro de Fevereiro adalah lapangan terbang awam yang turut berfungsi sebagai
lapangan terbang tentera maka kawalan keselamatannya agak ketat dan kita tidak
boleh sewenang-wenangnya merayau dalam kawasan airport. Sampai di balai
ketibaan, kami perlu beratur untuk pemeriksaan passport dan pemeriksaan
vaksinasi yellow fever. Semasa dikaunter imigresen, pegawai bertugas akan memeriksa
passport dan gambar kita akan diambil. Seterusnya macam di airport lain juga,
lepas ambil bagasi aku perlu melepasi pemeriksaan bagasi. Waktu aku beratur
dengan majoriti warga China, ada 1 keluarga bangsa Afrika yang terlewat dan
berada di belakang tiba-tiba dibenarkan memotong barisan oleh pegawai bertugas.
Mungkin mereka memberi keutamaan pada bangsa Afrika. African First. Mungkin.
Lepas
pemeriksaan keselamatan, aku terus ke lobi ketibaan dan disana aku nampak ada
seorang lelaki memegang logo syarikat aku bekerja. Aku terus menghampiri lelaki
tersebut dan dia adalah orang Filipina yang juga satu syarikat dengan aku. Aku
tak ingat nama dia. Ada juga seorang wanita kulit putih yang juga bekerja di
syarikat yang sama. Wanita kulit putih ni bernama Carolina dari Brazil tapi
travel dari Kuala Lumpur. Mungkin 1 pesawat dengan aku tapi aku tak perasan.
|
Bahasa Portugis dimana-mana |
Tak lama
kemudian datang seorang lelaki bangsa afrika (wakil syarikat untuk mengambil
staf di airport) dan kami dibawa ke sebuah van di kawasan parking. Didalam van
ada seorang lagi driver bangsa afrika yang setia menunggu. Kami sememangnya
diwajibkan untuk hanya berurusan dengan wakil yang telah ditetapkan untuk
mengelak sebarang kejadian yang tak diingini memandangkan Angola adalah sebuah
negara yang dikategorikan sebagai berisiko. Seterusnya kami dibawa ke hotel
penginapan masing-masing. Aku check-in di Hotel Alvalade yang terletak di Av.
Cmte. Gika, Luanda. Ia sebuah hotel yang setaraf dengan hotel 4-5 bintang di
Malaysia. Tak jauh dari hotel ni ada sebuah supermaket iaitu supermarket Kero
Gika tapi aku tak pernah ada kelapangan untuk berkunjung sebab kerja aku pergi
pagi balik pun hari dah gelap. Bagi warga asing terutamanya dari Asia/Eropah
(yang fizikalnya berbeza dengan bangsa afrika), adalah sangat tidak digalakkan
untuk bersiar-siar diwaktu malam atas faktor keselamatan. Aku juga perasan ada
sebuah hospital tak jauh dari hotel ini, ia adalah Clinica Girassol. Selesai
check-in, aku naik ke bilik dan berehat. Bilik aku ada balkoni yang mengadap
betul-betul ke Lautan Atlantik Selatan dan waktu tu matahari sedang terbenam.
Aku terus melepak di balkoni memerhatikan gelagat warga Luanda pulang dari
kerja ditemani suasana langit petang matahari terbenam di ufuk lautan Atlantik
buat pertama kali.
|
Dari balkoni hotel. Lautan Atlantik Selatan lebih kurang 3km dihadapan
|
|
Matahari terbenam di Luanda |
No comments:
Post a Comment