Seperti
yang dijadualkan, pada 26 February 2017 pukul 2 pagi aku berlepas dari KLIA (KUL)
dengan pesawat Airbus A380 Emirates ke menuju ke Dubai. Serius aku kagum kejap
sebab ini la kali pertama aku naik Airbus A380, pesawat penumpang yang terbesar
di dunia! A380 ni double storey deck yang mana deck atas adalah untuk kelas
perniagaan (bussines class) dan di bawah adalah kelas ekonomi (economi class).
Aku yang bukan level-level bos ni dah confirm la lepak kat kelas ekonomi. Dapat
naik Airbus A380 pun dah cukup bagus.
Ke KLIA menggunakan ERL |
Perjalanan ke Dubai memakan masa 6 jam
dan kebosanan sepanjang penerbangan tu tak dapat nak describe macam mana. Rasanya
macam terkurung dalam ruang terkurung yang mana kita tak boleh nak keluar kejap
ambil angin dikala bosan. Mujur juga ada disediakan personal LCD monitor yang
ada akses ke berpuluh movie dan berpuluh rancangan TV. Aku layan 4 movie
sebelum tiba di Dubai. Itu pun ada waktu aku terlelap juga sebab dah penat dan
mengantuk. Aku tiba di Dubai Airport (DXB) pada pukul 4 pagi waktu Dubai
bersamaan pukul 8 pagi waktu Malaysia (waktu Dubai 4 jam ke belakang). Di Dubai
Airport aku kena 6 jam transit sebelum boleh boarding flight ke Luanda pada
pukul 10 pagi waktu Dubai bersamaan pukul 2 petang waktu Malaysia). Lepas
selesai pemeriksaan keselamatan di Terminal 3 (terminal khas untuk pesawat
Emirates), aku terus pergi ke kaunter pertanyaan untuk bertanya nombor gate
pelepasan untuk flight Emirates ke Luanda. Penjaga kaunter bukan pak Arab okey,
majoriti pekerja di Dubai Airport adalah orang Filipina. Ini menyebabkan aku
tak rasa macam kat negara arab tapi rasa macam kat negara Asia Tenggara. Bila
dah tau nombor gate, aku lepak sekejap kat tempat duduk yang disediakan. Ada
beratus (mungkin beribu) tempat duduk yang disediakan di Dubai Airport. Aku switch on smartphone dan
guna wifi percuma yang disediakan kat Dubai Airport ni. Wifi percuma cuma untuk
setengah jam sahaja tapi ada cara nak guna wifi ni selama mana yang boleh
sampai muntah..haha. Senang, untuk 1st time guna selama 30 minit sampai dia
akan auto disconnected. Off wifi dan on kan semula, scan wifi dan select wifi
Dubai Airport. Login semula dan connection disambung kembali. Wifi ni yang
mengurangkan kebosanan menunggu selama 6 jam. Selain layan whatsapp dengan wife
dan kawan-kawan, aku juga ambil kesempatan merayau-rayau sekitar Terminal 3
yang diiktiraf bangunan terbesar di dunia dari segi keluasan lantai iaitu
seluas kira-kira 18,440,000 sq ft.
Dua tingkat full dengan kedai-kedai menjual
barangan bebas cukai sepanjang-panjangnya. Lenguh kaki berjalan. Kedai-kedai
yang berada berhampiran dengan pintu ketibaan aku perhatikan tidak sesak dengan
manusia. Kerusi-kerusi yang disediakan banyak yang kosong. Situasi sebaliknya
berlaku di ruang pelepasan dimana lebih banyak kedai dan restoren makanan
segera. Ramainya umat manusia seperti di pasar malam Jalan Chow Kit, Kuala
Lumpur. Walaupun kedai-kedai disini adalah kategori bebas cukai tetapi harganya
agak mahal. Ditambah lagi dengan kadar tukaran matawang ringgit agak lemah
iaitu USD 1 bersamaan MYR 4.5 dan jika ditukar ke UAE Dirham, MYR 1 bersamaan
dengan AED 0.8. Jam 9 pagi aku terus ke gate pelepasan yang terdapat di
Terminal 3 untuk bersedia ke Luanda, Angola.
* bersambung part 3
No comments:
Post a Comment