Trip ni sebenarnya dah hampir 1 tahun yang lepas tapi baru ada kesempatan nak upload.
Pada 26
February 2017 hingga 5 March 2017 yang lepas aku berpeluang menjejakkan kaki ke
sebuah negara Afrika yang bernama Angola. Pengembaraan ini bermula bila bos aku
bagi tugas untuk menyiapkan jadual projek (project schedule) daripada pihak
operation di Angola untuk sebuah FPSO yang terletak di perairan negara itu
(Atlantik Ocean). Bos aku dah arahkan aku sejak dari bulan Oktober 2016 lagi
tapi aku minta tangguh sebab aku dah booking trip hiking ke Gunung Kinabalu,
Sabah. Lepas trip Gunung Kinabalu, aku masih tak bagi kata putus kat bos aku
untuk trip ke Angola ni sampai la pada awal 2017 dia hantar email supaya aku
ready untuk trip ke Angola. Aku betul-betul tak bersedia dengan passport yang
dah expired & skop kerja yang tak berapa jelas lagi waktu tu.
Perkara
pertama yang aku kena buat bila paperwork ke Angola dah dimulakan oleh
secretary projek adalah ambil suntikan vaksin Yellow Fever. Suntikan vaksin ini
wajib diambil oleh pelawat yang ingin masuk ke Angola disebabkan wabak Yellow
Fever agak teruk disana (seperti Denggi di Malaysia). Klinik yang memberi
suntikan vaksin ini akan menyerahkan sekeping booklet berwarna kuning yang
mengesahkan kita telah mengambil vaksin Yellow Fever. Kegagalan menunjukkan
booklet ini sewaktu ketibaan di Angola akan menyebabkan kita dihalang dari
memasuki Angola. Selain suntikan Yellow Fever, pelawat yang masuk ke Angola
juga disarankan mengambil dos Malarone iaitu tablet yang mesti dimakan sekali
sehari bermula 2 hari sebelum sampai ke Angola. Pengambilan tablet Malarone perlu
diteruskan sehingga 7 hari selepas kembalinya kita di tanah air untuk
memastikan kita benar-benar ‘clear’ dari risiko terkena Malaria. Apa itu
Malarone? Malarone adalah tablet untuk menghindar dari terkena jangkitan demam
Malaria yang mana Angola adalah negara yang berisiko untuk kita dijangkiti
Malaria. Disebabkan kedua-dua penyakit ini adalah bawaan nyamuk, aku ambil satu
lagi langkah pencegahan iaitu dengan membawa bersama insect repellant dalam
bentuk semburan cecair. Adalah juga digalakkan bagi pelawat macam aku ni untuk
mendapatkan Travel Medical Kit dari klinik berhampiran sebelum berangkat ke
Angola (atau mana-mana negara yang berisiko). Didalam kotak Travel Medical Kit
terdapat beberapa jenis ubat-ubatan ringkas seperti pil paracetamol, pil cirit
birit dan lain-lain. Bagi mengelakkan sebarang risiko disoal-siasat sewaktu
pemeriksaan keselamatan di airport nanti (dilihat seperti pil-pil dadah), aku
sarankan kotak tersebut disimpan didalam ‘check-in luggage’.
Pil Malarone |
Selesai
urusan suntikan vaksin, aku teruskan dengan langkah berikutnya iaitu ‘renew’
semula passport aku yang dah expired. Warganegara Malaysia (dan juga beberapa
negara lain) yang ingin memasuki Angola wajib mempunyai visa. Sebagai syarat
untuk visa diluluskan, kedatangan kita ke Angola mestilah diuruskan oleh pihak
yang berada di Angola dengan alasan yang kukuh seperti melancong, trip
perniagaan atau bekerja. Kedutaan Angola takde di Malaysia maka urusan
permohonan visa perlu dirujuk pada kedutaan Angola di Singapura. Passport aku
yang dah siap renew telah dipos ke kedutaan Angola di Singapura dan dalam masa
2 minggu passport akan dipulangkan semula. Visa dilekatkan di mukasurat
passport dan setiap visa lawatan valid untuk jangkamasa 40 hari sahaja. Segala
urusan berkaitan tiket penerbangan dan penginapan diuruskan oleh secretary
projek. Dari Malaysia, terdapat 2 pilihan syarikat penerbangan yang biasanya
digunakan untuk ke Angola iaitu Emirates dan Ethiopian Air. Jika kita pilih
Emirates, penerbangan akan bermula dari KLIA – Dubai – Luanda (Angola). Bagi
Ethiopian Air pula, KLIA – Bangkok (Thailand) – Addis Ababa (Ethiopia) – Luanda
(Angola). Aku pilih untuk menggunakan penerbangan Emirates atas faktor seperti
makanan yang dihidangkan dalam pesawat (makanan halal) dan juga pesawat yang
lebih selesa mengikut kata member-member yang ada pengalaman.
Visa Angola (atas faktor privasi aku amik gambar sikit top portion) |
* bersambung ke siri 2
No comments:
Post a Comment