Hari
Isnin waktu aku mulakan tugasan seminggu di Luanda dengan menaiki kereta
syarikat yang dipandu oleh seorang warga Angola. Aku masih rasa mengantuk sebab badan belum dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan zon masa. Angola adalah 7 jam kebelakang daripada waktu di Malaysia. Bersama driver tersebut
seorang lelaki Scotland berusia lewat 50-an yang aku kenal. Dia mengambil aku
dan 2 orang lagi member 1 syarikat yang menginap di hotel yang sama dengan aku.
2 orang lelaki warga British yang bekerja sebagai Operation Superintendant dan
Technical Manager. Kami berempat kemudiannya dibawa ke Operation Onshore Base
office. Adalah penting kami menaiki kenderaan yang telah ditetapkan setiap hari
oleh pihak syarikat untuk mengelakkan kami terdedah pada risiko menaiki kereta
yang tidak dikenali dan kemungkinan dilarikan. Seperti yang aku beritahu
sebelum ni, Angola sebuah negara yang berisiko dan warga asing terdedah pada
jenayah jika tidak berhati-hati.
Kalau di Malaysia kita ada Selamat Pagi Malaysia, diorang pun ada...Selamat Pagi Angola. |
Suasana depan hotel |
Perjalanan dari jalan Av. Cmte. Gika, kami menelusuri jalan menuju ke pejabat yang terletak di jalan R. Cmte. Arguelles. Suasana pagi yang agak sunyi memandangkan pada hari ini sehingga hari Selasa adalah cuti umum (Carnival) di Angola. Carnival adalah satu sambutan seperti yang diamalkan di Brazil dimana mereka akan bergembira dan berarak di jalan utama. Kalau di Brazil terkenal dengan perarakan model-model wanitanya yang separuh bogel tetapi disini sekadar perarakan kereta berhias dan tarian tradisional Angola. Ini antara persamaan yang ketara antara Angola dan Brazil kerana kedua-duanya adalah bekas koloni Portugis. Kedua-duanya mempunyai bahasa rasmi yang sama iaitu bahasa Portugis. Aku pun ada belajar sepatah dua perkataan dalam bahasa Portugis untuk menghormati orang-orang tempatan yang bekerja di Operation Onshore Base office. Aku sampai di pejabat pada pukul 8 pagi dan pejabat kosong! Yang ada Cuma staff warga asing seperti aku dan 3-5
Namun pekerja
yang bekerja di Operation Onshore Base office tidak bercuti kerana mereka perlu
sentiasa ada untuk membantu operasi mereka yang ditugaskan di Offshore.
Pada
hari Rabu, seperti biasa driver warga Angola datang mengambil kami di lobi hotel.
Kali ni perjalanan ke office disajikan dengan pemandangan warga Luanda yang mula
keluar bekerja selepas beberapa hari bercuti. Hotel kami di jalan Av. Cmte.
Gika terletak di pinggir bandar yang mana terdapat pangsapuri-pangsapuri kos
sederhana dan rumah-rumah warga Luanda yang bertebaran seakan-akan tidak
tersusun. Rumah-rumah ini aku perhatikan seakan-akan setinggan di P.J atau di
Jalan Ampang suatu ketika dahulu. Kereta buatan Korea (Hyundai) dan Jepun (Toyota)
menguasai hampir 90% dari kenderaan diatas jalanraya Luanda yang mengamalkan standard
pemanduan sebelah kiri (left hand drive). Satu perkara yang menarik adalah
boleh dikatakan amat susah nak berjumpa dengan warga Luanda yang bergerak
menggunakan motosikal. Kalau bertemu pun cuma sesekali dan selalunya motosikal
jenama Vespa (model terkini). Suasana yang tak seperti di Malaysia yang mana hampir
setiap rumah pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah motosikal. Warga Luanda
yang tak mempunyai kenderaan sendiri akan menaiki van teksi berwarna biru
ataupun mereka berjalan kaki sahaja dari rumah ke tempat kerja. Setibanya di
office, barulah kelihatan 4-5 orang warga Angola yang bekerja lalu aku memberi
ucap selamat dalam bahasa Portugis, Bom Dia!
Rumah-rumah warga Luanda. |
Luanda dari atas bangunan office. Kelihatan van biru yang berfungsi sebagai teksi. |
No comments:
Post a Comment