Wednesday, June 8, 2011

Yamaha LC135 2011

Post terakhir aku dalam blog ni adalah 2 bulan lepas. Masa tu aku tengah senang lenang kat opis sebab projek baru nak start. Isu pasal Detail Design belum kedengaran lagi sebab consultant baru je award. Schedule pun guna yang lama lagi sementara menunggu schedule dari design consultant untuk diserap masuk dalam schedule baru. Sementara tu aktiviti Demolition baru nak mula dengan kerja-kerja tank cleaning. Waktu ni team painting/cleaning agak sibuk sementara disiplin lain baru nak warm up. Maka banyak la waktu bersenang yang kemudiannya diisi dengan mengarang post untuk blog aku ni.


Aku kerja di Pasir Gudang sedangkan rumah aku di Bandar Penawar. Tiap-tiap hari berulang dengan kereta nasional berusia 15 tahun yang dah pasti consume bahan api fosil lagi tinggi dari kereta baru. Purata belanja bahan api fosil sebulan lebih kurang RM600 iaitu bersamaan dengan ansuran bulanan Perodua Alza (down payment 20%, loan 9 tahun). Ekspressway Senai-Desaru belum dibuka lagi ketika post ni dikarang. Maka lebih kurang 1/4 dari gaji bulanan aku digunakan untuk menambahkan keuntungan taikun bahan api fosil samada Shell atau Petronas.

Bagi menjimatkan kos bahan api fosil, aku plan nak guna motor pergi kerja. Memandangkan Ekspressway Senai-Desaru bila-bila masa je akan dibuka, maka perjalanan pergi balik kerja dengan motor baru lebih menjimatkan sebab jarak perjalanan yang singkat almost 50% dari jalan biasa.

Hari Sabtu lepas, berbekalkan duit yang dikumpul hasil bekerja memerah otak & keringat, ia sudah bersedia diserahkan kepada taukey kedai motor. Aku dah lama mengidam nak guna motor ni, sejak motor ni mula memasuki pasaran Malaysia pada Februari 2006 & jadi raja moped di jalan-jalan seluruh Malaysia. Design dia memang yang paling cun pernah aku tengok (bagi kategori kapcai) selain Yamaha 125Z. Yaa...siapa tak kenal Yamaha LC135? Bagi yang memang tak tau langsung kewujudan motor ni, anda barangkali datang dari golongan terlampau kaya harta yang tak pandang aset bernilai RM50k kebawah. Bagi rakyat marhaen dari bandar-bandar besar sampai lah ke desa-desa semuanya mengakui design cun kapcai Yamaha ni. Yamaha LC135 yang aku 'angkat' ni versi terbaru tahun 2011 yang lebih aerodynamic rekabentuknya dari model sebelumnya walaupun banyak cakap-cakap dari forum internet mengkomplen design baru ni. Bagi aku, design ni dah cukup cun walaupun tail lamp tak berapa cantik. Harga? RM7k termasuk 1st party insurance with sum insured value RM5k. Macam biasa, free gift baju hujan asal ada+disc lock+helmet paling basic. Helmet aku upgrade kepada yang lebih stylo & memuaskan hati. Aku serius tak minat helmet MS88 yang mat rempit dulu-dulu korek lapisan gabus untuk bagi nampak kulup. Serius keje bodoh...!! Rempit pun rempit jugak tapi safety kene jaga maaaa....nyawa lu sendiri, bukan nyawa orang lain.

Selang 3 hari kemudian, aku berjaya menunggang pulang motor idaman dari bandar Kota Tinggi ke Bandar Penawar. Disebabkan dah hampir 4 tahun aku tak menunggang long distance, kali ni aku rasa takut-takut sikit. First time duduk atas pelana motor baru memang mengujakan, pelana agak tinggi tapi selesa. Bila masuk gear 1 dan pulas throttler, seakan ada power yang menerjah masuk..pick up memang bagus. Dari Kota sampai B.Penawar aku bawak paling laju pun 80km/j, korang nak gelak dipersilakan. Aku dah lama tak ride jauh macam ni, kekok dowhh.. Handling LC135 ni memang bagus sesuai dengan cc yang besar dalam kategori kapcai manakala body agak berat.


Penggunaan bahan api agak menjimatkan bagi pemilik yang tak mengubahsuai langsung LC135 mereka. LC135 standard cuma menggunakan bahan api lebih kurang 1 liter bagi setiap 40 km (kelajuan bawah 100km/j) dan lebih kurang 30 km seliter bagi tunggangan pada kelajuan 110km/j keatas. Kalau yang bawak LC135 ni anak muda berdarah panas, speed over than 120km/j memang makan minyak la. Tu belum kira LC135 yang dah di'modified' sampai jadi LC190, minyak keluar macam air terjun kot.


Sepanjang perjalanan dari Kota Tinggi ke B.Penawar, banyak jugak mata yang memandang mungkin sebab LC new model ni belum banyak diatas jalan raya. Motor ni memang tak mengecewakan, berbaloi dengan duit yang dah 'dileburkan'...

4 comments:

  1. yg aku tak tahan tu,LC dah di'modified' sampai jadi LC190..,,Hahahah.,,lepas ni tak payah nk modified..,,suruh yamaha kuarkan Moto kapchai CC 150 ke 170 ke..,,200 ke..,,tgk cam ne sambutan..,,

    tahniah moto baru.,,

    ReplyDelete
  2. Anak muda yang merempit tu bukan calang2 bro...dikalangan mereka terselit jurutera enjin yg lg hebat dari profesor fakulti kejuruteraan mekanikal UTM...

    Thanks for you comment bro!

    ReplyDelete
  3. dah lebih 2 bulan x update post.. ihiks

    ReplyDelete
  4. LC baru nie ok jgk la..tp LC model lame mmg trbaeek..

    ReplyDelete

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...