Wednesday, August 24, 2011

SEMBANG KOSONG


Dah lebih 2 bulan blog ni terbiar bersawang sebab masa bersenang lenang aku dah tamat. Aku sekarang dah tak senang duduk dengan report & progress yang perlu di 'update' setiap minggu. Waktu ni MT Onozo dahpun sebulan lebih tersadai dalam dry dock untuk kerja-kerja side shell & bottom plate renewal. Sementara dalam Water Ballast & Cargo Oil Tank sibuk dengan kerja steel renewal bdasarkan 1st Survey Report oleh appointed Class. Bilge Keel baru jugak hampir selesai welding. Maka aktiviti-aktiviti diatas perlu disiapkan secepat mungkin bagi mberi laluan pada kerja-kerja Blasting & 1st coat painting. Hari-hari docking schedule kena update...kemudian weekly report perlu disediakan. Tambahan pulak sekarang ni modules construction dah start delay with -ve variance. Seriously, FPSO Conversion project memang mencabar minda & fizikal. Sebab tu dalam masa 2 bulan ni dan seterusnya aku dah tak punya waktu untuk bersenang-senang mengarang berita dalam ini blog. Lagipun blog cikai ni bukan ada loyal reader macam blog brader Obifiend atau blog Isham Rais atau blog BeautifulNara.

Lepas Expressway Senai-Desaru memulakan kutipan tol sebanyak RM5.90 sehala pada 10 Julai yang lalu, aku menukar mode pengangkutan dari kereta ke motosikal. Dengan harapan dapat skip dari bayar tol & kos bahan api yang lebih rendah. Ya, memang objektif itu tercapai tapi hasilnya pinggang aku sakit sebab menunggang sejam setengah pergi-balik kerja. Kena pulak pelana standard Yamaha LC135 ni agak keras...kematu punggung dibuatnya. Dah berapa kali aku berembat dengan mat-mat motor yang senasib dengan aku. Umur dah meningkat ni, bawak motor laju-laju pun dah tak berani sangat. Dalam kepala dok ingat family kat rumah, tak macam masa bujang dulu...terjah je traffic light merah depan IPD Selangor kat Shah Alam. Tu dulu...masa suhu darah masih 120 darjah Celsius.

Geng? Memang ada sorang opismate yang berulang macam aku jugak tapi dia pakai Kawasaki 250... Memang takde harapan la nak bersaing. Kalau bselisih, dia 'tweet' aku dua kali then terus pulas throttle, sekali lalu bdesup ke depan. Memang panas...

Apa aku nak sembang lagi ni? Takde idea la..Aaaaaa... Aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua bloggers seluruh dunia yang menyambut aidilfitri. Kalau ade mana-mana post dalam blog aku ni yang menyinggung perasaan tu aku mintak maaf la ye. Aku rasa post aku lagi ok dari Isham Rais... Kalau tak for sure korang takkan maafkan aku sampai bila2 punye..hahah

Selamat Memandu & Memandu dengan selamat. Safety First!!

*Balik kg dgn Alza baru..yeahooo....


No comments:

Post a Comment

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...