Tuesday, April 5, 2011

SUP GEARBOX



Aku ni kurang alert harga makanan melainkan harga dia memang tak masuk akal sama sekali. Contohnya aku makan kat kedai tom yam siam tepi jalan....aku makan nasi goreng kampung + telur goreng + air carrot susu ais, harga RM20.50. Kan tak masuk akal tu, memang secara refleks aku akan terperanjat. Ketara sangat la mahalnya.

Tetapi kalau aku order menu yang perlbagai yang aku susah nak assume harga dia, aku jadi kurang alert. Mungkin harga dia RM100 tapi kedai tu mark up sampai RM115, aku susah nak detect. But, my wife memang alert perkara-perkara macam ni. Dia selalunya bersuara bila kitorang dah dalam kereta on the way balik ke rumah. Wife aku akan bangkitkan kemusykilan dia "Abang rasa harga menu yang kita makan tadi tu mahal tak?". Aku pun mula la buat kira-kira sendiri dan hasilnya "Ermmm...ye la, boleh tahan jugak mahalnya, takkan lauk bla..bla..bla...dengan bla..bla..bla harganya bla..bla..bla...". Selalunya kedai yang mark up harga macam tu kitorang 'pangkah' je. Pangkah bermakna that is the first and the last time kitorang makan kat situ.

Aku senaraikan harga menu yang aku makan bersama isteri di sebuah kedai makan semalam. Korang judge sendiri harga dia mahal ke tak.

Sup gearbox kambing 2 mangkuk....RM12 (RM6 semangkuk)

Nasi kosong 2 pinggan....RM3 (RM1.50 sepinggan)

Telur dadar 1 piring kecik....RM1.50

Teh Ais segelas.....RM1.50

Limau Ais segelas......RM1.50

TOTAL: RM19.50

Ikut anggaran aku, menu macam diatas berada dalam lingkungan harga RM15-16 je tapi aku kena bayar RM19.50. Mahal sikit je kot tapi kalau 5-6 kali makan harga macam tu, next month tokey kedai dah boleh booking new Chevrolet Cruise.

1 comment:

  1. tak berbaloi betul makan kat kedai ctu..gearbox sedut2 kuar angin... T_T

    ReplyDelete

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...