Thursday, January 6, 2011

PRK DUN Tenang

Aku baca berita dari Uusan Online hari ni bertajuk 'Peneroka Segamat Terima Durian Runtuh'. Rata-rata peneroka menerima RM400 hingga RM1200 bergantung pada produktiviti mereka. Bagi mereka yang pro-pembangkang, ini adalah 'point' untuk menempelak BN. Apa tidaknya, secara tiba-tiba peneroka di kawasan Segamat diberi perhatian istimewa. Adakah ini taktik untuk memancing undi? Strategi BN untuk menawan hati rakyat kawasan DUN Tenang.
Aku bukan pro kepada mana-mana pihak tetapi dari peristiwa tersebut, adalah jelas dan nyata ia adalah satu strategi. Kedua-dua belah pihak baik BN ataupun PR mempunyai strategi mereka sendiri untuk memancing undi. BN sudah pun menggerakkan jentera pilihanrayanya. Bagaimana pula dengan PR? Apakah strategi mereka pula? Cukupkah hanya dengan isu-isu hangat dan cerita tentang penyelewengan?
Aku nak tanya pada pihak BN, mengapa baru sekarang tergerak dihati mereka untuk menimbang peruntukan bagi pembinaan pusat gimnasium, pintu gerbang dan membaiki sistem perparitan di Felda tersebut? Kalau sebelum ini kawasan tersebut dipegang oleh wakil rakyat dari PR, ada logiknya usaha tersebut tertangguh. Tetapi sebelum ini kawasan tersebut dipegang oleh wakil rakyat BN sendiri. Mengapa bila pilihanraya berlaku, baru keluar dari mulut nak bagi peruntukan itu dan ini. Strategi mereka barangkali....
Jika dilihat dari strategi-strategi BN ini, aku yakin PRK DUN Tenang akan dimenangi oleh BN. Ditambah lagi kawasan tersebut adalah kubu kuat BN. PR dilihat seakan tidak mampu melawan hanya dengan bermodalkan air liur. Janji-janji yang ditabur sukar untuk dipercayai rakyat. Apatah lagi propaganda berterusan kerajaan melalui media massa menyerang mereka dari segenap sudut.
Inilah demokrasi. Sistem ciptaan manusia yang seakan sempurna tetapi tidak sebenarnya. Pilihan terletak ditangan rakyat untuk memilih pemimpin. Calon dari kedua-dua pihak bukanlah pemimpin yang sempurna. Maka pilihlah pemimpin yang sekurang-kurangnya dapat membela nasib anda.
Selamat mengundi!!

Wednesday, January 5, 2011

Minyak Oh Minyak

Harga minyak petrol RON 97 sekali lagi diselaraskan kepada harga baru melibatkan kenaikan 10 sen menjadi RM2.40 seliter. Ini berikutan kenaikan harga minyak mentah dunia kepada USD100 setong. (Utusan Malaysia 5 Nov. 2011)

Baru saja 5 hari kita melangkah ke tahun 2011, harga minyak RON97 sekali lagi dinaikkan harga. Secara langsungnya aku tak terbeban dengan kenaikan harga minyak jenis ni sebab aku guna RON95. Akan tetapi, aku meramalkan yang harga minyak RON95 dinaikkan selepas ini jika harga minyak mentah dunia terus meningkat. Sudah tentu kerajaan tak sanggup menanggung subsidi yang terlampau tinggi. Kita tunggu dan lihat.


“Kerajaan juga akan memastikan bekalan minyak masak pulih seperti biasa selewat-lewatnya minggu depan,” kata Datuk Tan Lian Hoe, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Minyak masak juga menghadapi krisis bekalan sejak penghujung tahun 2010 sehingga sekarang.

Sebagai negara pengeksport minyak sawit terbesar dunia, masalah ni sepatutnya tak berlaku. Adakah kekurangan bekalan disebabkan pengeluaran buah sawit seluruh negara menurun?

Tuesday, January 4, 2011

Harimau Malaya vs Harimau Malaysia


Bagi aku isu ni sangat remeh dan tak perlu kita membuang masa serta air liur untuk berbicara mengenainya. Ada beberapa NGO yang mahukan gelaran skuad bolasepak negara ditukar daripada Harimau Malaya kepada Harimau Malaysia. Alasannya adalah ia kelihatan lebih 'Malaysia' daripada kelihatan lebih 'Melayu' atau lebih 'Semenanjung'. Diketahui bahawa semenanjung disebut sebagai 'Malaya' oleh orang-orang borneo.



Harimau Malaya tiada kaitan dengan mana-mana identiti bangsa atau tempat. Ia diambil dari nama spesis harimau yang mendiami hutan hujan di semenanjung Malaysia iaitu Malayan Tiger (Panthera tigris malayensis). Nama haiwan tersebut dipilih sebagai gelaran kerana harimau melambangkan kegagahan, keberanian dan ketangkasan yang luar biasa. Itu sahaja. Sama seperti skuad bolasepak Indonesia yang memilih haiwan Garuda sebagai gelaran.


Mengapa pula ada pihak yang ingin mempertikaikannya sekarang? Dan lebih pelik, ia dipertikaikan selepas skuad bolasepak negara menunjukkan peningkatan dalam 2 tahun kebelakangan ini. Mengapa tidak dipertikaikan 5-10 tahun yang lalu?

Adat manusia, bila senang ramai yang mengaku saudara...bila susah saudara dan kawan-kawan menjauhkan diri. Inilah realiti kehidupan...

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...