Thursday, January 6, 2011

PRK DUN Tenang

Aku baca berita dari Uusan Online hari ni bertajuk 'Peneroka Segamat Terima Durian Runtuh'. Rata-rata peneroka menerima RM400 hingga RM1200 bergantung pada produktiviti mereka. Bagi mereka yang pro-pembangkang, ini adalah 'point' untuk menempelak BN. Apa tidaknya, secara tiba-tiba peneroka di kawasan Segamat diberi perhatian istimewa. Adakah ini taktik untuk memancing undi? Strategi BN untuk menawan hati rakyat kawasan DUN Tenang.
Aku bukan pro kepada mana-mana pihak tetapi dari peristiwa tersebut, adalah jelas dan nyata ia adalah satu strategi. Kedua-dua belah pihak baik BN ataupun PR mempunyai strategi mereka sendiri untuk memancing undi. BN sudah pun menggerakkan jentera pilihanrayanya. Bagaimana pula dengan PR? Apakah strategi mereka pula? Cukupkah hanya dengan isu-isu hangat dan cerita tentang penyelewengan?
Aku nak tanya pada pihak BN, mengapa baru sekarang tergerak dihati mereka untuk menimbang peruntukan bagi pembinaan pusat gimnasium, pintu gerbang dan membaiki sistem perparitan di Felda tersebut? Kalau sebelum ini kawasan tersebut dipegang oleh wakil rakyat dari PR, ada logiknya usaha tersebut tertangguh. Tetapi sebelum ini kawasan tersebut dipegang oleh wakil rakyat BN sendiri. Mengapa bila pilihanraya berlaku, baru keluar dari mulut nak bagi peruntukan itu dan ini. Strategi mereka barangkali....
Jika dilihat dari strategi-strategi BN ini, aku yakin PRK DUN Tenang akan dimenangi oleh BN. Ditambah lagi kawasan tersebut adalah kubu kuat BN. PR dilihat seakan tidak mampu melawan hanya dengan bermodalkan air liur. Janji-janji yang ditabur sukar untuk dipercayai rakyat. Apatah lagi propaganda berterusan kerajaan melalui media massa menyerang mereka dari segenap sudut.
Inilah demokrasi. Sistem ciptaan manusia yang seakan sempurna tetapi tidak sebenarnya. Pilihan terletak ditangan rakyat untuk memilih pemimpin. Calon dari kedua-dua pihak bukanlah pemimpin yang sempurna. Maka pilihlah pemimpin yang sekurang-kurangnya dapat membela nasib anda.
Selamat mengundi!!

No comments:

Post a Comment

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...