Saturday, July 5, 2014

PROSES MEMBELI RUMAH (LIVE EXPERIENCE)

Kali ni aku nak kongsi cerita pasal projek berpindah ke rumah baru kami di Taman Mutiara Desaru.
Alhamdulillah selepas menyewa dari tahun 2010 hingga 2014 akhirnya hajat untuk meiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. Proses dia bukan mudah sebab macam-macam dugaan kami tempuh sampai kami berpindah masuk ke rumah baru ni.

Rumah Semi-D single storey ni kami booking pada awal tahun 2011 dari developer JV antara KEJORA & Bintang Fadhilat. Bintang Fadhilat kemudiannya melantik Energy Resources sebagai sub-contractor untuk pembinaan rumah di Taman Mutiara Desaru. Konsep pembinaan adalah built after loan approved. Maknanya lepas permohonan loan pembeli lulus, maka proses pembinaan akan bermula dimana financier akan membayar sejumlah amaun kepada developer secara berperingkat (secara milestone payment) . Selalunya developer yang kurang modal yang akan buat style begini. 

Bayaran RM2000 dikenakan untuk booking (dipulangkan selepas rumah siap) dan developer akan uruskan dengan lawyer yang mereka lantik. Pembeli ada hak untuk menukar lawyer kalau mahu tapi disebabkan kami tak ada masa untuk survey lawyer yang lain maka kami setuju menggunakan khidmat lawyer yang dilantik developer. Lawyer akan uruskan segala permohonan & kami cuma perlu menyediakan dokumen yang diminta. Kami menggunakan loan government iaitu daripada Perbendaharaan Negara maka prosesnya agak mudah tanpa memerlukan penjamin selagi harga rumah didalam lingkungan had kelayakan. Had kelayakan pinjaman pula bergantung pada gred seseorang kakitangan kerajaan tersebut. Lagi tinggi gred beliau, lagi besar jumlah yang boleh dipinjam.

Selepas 6 bulan iaitu pada Jun 2011, loan kami telah diluluskan dan kami menandatangani borang kontrak Sale & Purchase Agreement antara kami (pembeli) dan developer. Mengikut kandungan kontrak, rumah perlu disiapkan dalam masa 2 tahun dari tarikh yang tertera pada Sale & Purchase Agreement. Maknanya, developer perlu issue Vacant of Possession pada Jun 2013. 

Pembinaan rumah kami pun bermula sebulan kemudian sehinggalah pada Jun 2013, progress pembinaan rumah dianggarkan sebagai 70% siap. Dimana developer hampir pasti tak dapat menyiapkan rumah kami mengikut jadual. Tekaan kami betul dimana developer hanya issue Vacant of Possession dan serah kunci secara rasmi pada Januari 2014. Developer telah lewat lebih kurang 195 hari dari tarikh yang sepatutnya. Oleh itu kami berhak menuntut gantirugi (Liquidated Damage) daripada developer yang berjumlah hampir 10 ribu ringgit ((10% x Price agreement) / 365 x 195).

Namun tak semudah yang diharapkan, developer memberi seribu satu alasan untuk mengelak dari membayar LD kepada kami. Surat tuntutan kami hantar dan mereka tidak memberi respon sewajarnya. Mujur isteri kerap buat follow up pada wakil mereka di site office dengan menelefon berulang kali. Akhirnya wakil tapak memberikan nombor telefon big boss Energy Resources untuk kami berbincang terus. Kami juga pernah pergi ke pejabat mereka yang terletak di Port Dickson namun strategi licik mereka berjaya kami baca. Mereka meminta kami tandatangan satu surat yang menyatakan kami berjanji tidak akan membuat sebarang tuntutan lewat daripada mereka. Jika kami tandatangan surat tu, cek RM2000 (duit booking) akan diserahkan on the spot sambil sengaja menayangkan cek tersebut atas meja. 

Kami tekad tak mahu tandatangan surat berkenaan dan bertegas dengan mereka yang isu ni akan dibawa ke Tribunal pengguna kalau tiada jalan penyelesaian. Kami pulang ke rumah dengan hati yang membara. Hari-hari berikutnya isteri buat follow up call beberapa kali sehari hinggakan mereka tak senang duduk dan akhirnya bersetuju berjumpa. Kami berjumpa dengan big boss developer pada suatu hari dan kami tetap berkeras mahukan gantirugi. Selepas perbincangan yang agak lama, kami akhirnya terpaksa akur untuk menerima RM3000 beserta duit booking RM2000. Itupun selepas kami membuat pertimbangan jika isu ni dibawa ke tribunal, masa yang diambil mungkin menjangkau 1-2 tahun untuk selesai. 

Kesimpulannya disini, konsep bina selepas ada pembeli banyak kelemahan. Vacant of Possession tak dapat dikeluarkan serentak seperti konsep bina & jual dimana rumah di satu-satu kawasan disiapkan serentak dan permohonan CF boleh dihantar sekaligus. PBT kemudiannya akan memeriksa secara semua rumah dalam kawasan tersebut serentak. Alasan CF tak dapat dikeluarkan sebab sangkut pada PBT dijadikan modal pada developer untuk mengelak membayar LD. 

2 comments:

  1. As salam En Shaiful,

    Ingin bertanya, rmh ni skrg ade sesiapa duduk or menyewa ke? Memandangkn tuan skrg bpindah kerja kt KL kan?

    Kebetulan sy tgh mencari rumah sewa area sini...sy bekerja kt masai sementara isteri kt area2 sini...

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Buat masa ni kami tak bercadang nak sewakan rumah kami. Kami merancang utk jadikan homestay sahaja.

    ReplyDelete

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...