Friday, November 21, 2014

DARI BANDAR PENAWAR KE KUALA LUMPUR


Dah tiga bulan sejak aku meninggalkan kerja di company lama untuk berhijrah ke company baru. Aku cuba keluar dari zon selesa untuk mencabar diri. Bolehkah aku survive di persekitaran baru yang pastinya berlainan. Kalau dulu aku kerja bangun pagi pukul 6 pagi bersiap ke tempat kerja dengan motor LC135 sejauh 100km pergi balik. Sekarang aku bangun pukul 6.30 pagi driving sejauh 5km ke stesen komuter Salak Selatan.  Komuter sampai kadang-kadang lari dari jadual. Lebih kurang pukul 8 pagi aku dah sampai di K.L Sentral. Menapak dari K.L Sentral ke Platinum Sentral ambil masa sekitar 5 minit saja. Sebenarnya Platinum Sentral ni bangunan sebelah K.L Sentral.

Sejak 3 bulan lepas komuter menjadi teman baik aku. Seminggu pertama memang aku rasa janggal dengan sesak susuk tubuh manusia dalam perut komuter tapi lama kelamaan aku jadi biasa. Macam-macam perangai yang aku lihat depan mata. Dari putih gebu peha gadis cina pakai skirt sampai la ke wajah-wajah makcik pakcik tua. Dari pakaian pejabat yang kemas sampai la ke fesyen seluar senteng pakai kasut tak berstokin. Dari yang berbaju sendat macam tak pakai baju sampai la yang berpurdah. Dari bau perfume semerbak harum satu komuter sampai la bau perit ketiak Bangla. Semua tu perlu dihadapi untuk mencari sesuap nasi.

Benda ni semua aku akan hadapi mungkin untuk 2-3 tahun lagi bergantung pada rezeki. Aku harap aku cukup tabah. Aku harap aku tak hanyut dengan godaan bandar metropolitan yang serba serbi perlu duit bernama Kuala Lumpur.

Saturday, July 5, 2014

PROSES MEMBELI RUMAH (LIVE EXPERIENCE)

Kali ni aku nak kongsi cerita pasal projek berpindah ke rumah baru kami di Taman Mutiara Desaru.
Alhamdulillah selepas menyewa dari tahun 2010 hingga 2014 akhirnya hajat untuk meiliki rumah sendiri menjadi kenyataan. Proses dia bukan mudah sebab macam-macam dugaan kami tempuh sampai kami berpindah masuk ke rumah baru ni.

Rumah Semi-D single storey ni kami booking pada awal tahun 2011 dari developer JV antara KEJORA & Bintang Fadhilat. Bintang Fadhilat kemudiannya melantik Energy Resources sebagai sub-contractor untuk pembinaan rumah di Taman Mutiara Desaru. Konsep pembinaan adalah built after loan approved. Maknanya lepas permohonan loan pembeli lulus, maka proses pembinaan akan bermula dimana financier akan membayar sejumlah amaun kepada developer secara berperingkat (secara milestone payment) . Selalunya developer yang kurang modal yang akan buat style begini. 

Bayaran RM2000 dikenakan untuk booking (dipulangkan selepas rumah siap) dan developer akan uruskan dengan lawyer yang mereka lantik. Pembeli ada hak untuk menukar lawyer kalau mahu tapi disebabkan kami tak ada masa untuk survey lawyer yang lain maka kami setuju menggunakan khidmat lawyer yang dilantik developer. Lawyer akan uruskan segala permohonan & kami cuma perlu menyediakan dokumen yang diminta. Kami menggunakan loan government iaitu daripada Perbendaharaan Negara maka prosesnya agak mudah tanpa memerlukan penjamin selagi harga rumah didalam lingkungan had kelayakan. Had kelayakan pinjaman pula bergantung pada gred seseorang kakitangan kerajaan tersebut. Lagi tinggi gred beliau, lagi besar jumlah yang boleh dipinjam.

Selepas 6 bulan iaitu pada Jun 2011, loan kami telah diluluskan dan kami menandatangani borang kontrak Sale & Purchase Agreement antara kami (pembeli) dan developer. Mengikut kandungan kontrak, rumah perlu disiapkan dalam masa 2 tahun dari tarikh yang tertera pada Sale & Purchase Agreement. Maknanya, developer perlu issue Vacant of Possession pada Jun 2013. 

Pembinaan rumah kami pun bermula sebulan kemudian sehinggalah pada Jun 2013, progress pembinaan rumah dianggarkan sebagai 70% siap. Dimana developer hampir pasti tak dapat menyiapkan rumah kami mengikut jadual. Tekaan kami betul dimana developer hanya issue Vacant of Possession dan serah kunci secara rasmi pada Januari 2014. Developer telah lewat lebih kurang 195 hari dari tarikh yang sepatutnya. Oleh itu kami berhak menuntut gantirugi (Liquidated Damage) daripada developer yang berjumlah hampir 10 ribu ringgit ((10% x Price agreement) / 365 x 195).

Namun tak semudah yang diharapkan, developer memberi seribu satu alasan untuk mengelak dari membayar LD kepada kami. Surat tuntutan kami hantar dan mereka tidak memberi respon sewajarnya. Mujur isteri kerap buat follow up pada wakil mereka di site office dengan menelefon berulang kali. Akhirnya wakil tapak memberikan nombor telefon big boss Energy Resources untuk kami berbincang terus. Kami juga pernah pergi ke pejabat mereka yang terletak di Port Dickson namun strategi licik mereka berjaya kami baca. Mereka meminta kami tandatangan satu surat yang menyatakan kami berjanji tidak akan membuat sebarang tuntutan lewat daripada mereka. Jika kami tandatangan surat tu, cek RM2000 (duit booking) akan diserahkan on the spot sambil sengaja menayangkan cek tersebut atas meja. 

Kami tekad tak mahu tandatangan surat berkenaan dan bertegas dengan mereka yang isu ni akan dibawa ke Tribunal pengguna kalau tiada jalan penyelesaian. Kami pulang ke rumah dengan hati yang membara. Hari-hari berikutnya isteri buat follow up call beberapa kali sehari hinggakan mereka tak senang duduk dan akhirnya bersetuju berjumpa. Kami berjumpa dengan big boss developer pada suatu hari dan kami tetap berkeras mahukan gantirugi. Selepas perbincangan yang agak lama, kami akhirnya terpaksa akur untuk menerima RM3000 beserta duit booking RM2000. Itupun selepas kami membuat pertimbangan jika isu ni dibawa ke tribunal, masa yang diambil mungkin menjangkau 1-2 tahun untuk selesai. 

Kesimpulannya disini, konsep bina selepas ada pembeli banyak kelemahan. Vacant of Possession tak dapat dikeluarkan serentak seperti konsep bina & jual dimana rumah di satu-satu kawasan disiapkan serentak dan permohonan CF boleh dihantar sekaligus. PBT kemudiannya akan memeriksa secara semua rumah dalam kawasan tersebut serentak. Alasan CF tak dapat dikeluarkan sebab sangkut pada PBT dijadikan modal pada developer untuk mengelak membayar LD. 

Sunday, January 5, 2014

Welcome 2014


Selamat Tahun Baharu 2014!!

Terima kasih pada insan-insan yang sudi membaca blog My World My View aku ni especially posting yang menceritakan live experience menunggang LC135 baharu. Begitu banyak komen yang diterima & alhamdulillah semuanya komen membina. Sejak 3 bulan yang lepas LC135 aku tak berjalan, terperap dalam rumah sebab aku makin kerap berulang ke tempat kerja dengan kereta. Naik motor memang penat.

Post paling hot dalam blog ni dah tentulah posting about Bandar Penawar Part 1 yang gaya penulisan aku agak tajam yang mana beberapa pihak mungkin tersinggung. Komen yang diberikan ada yang negatif tapi aku tetap lepaskan untuk publish. Bandar Penawar 2014 tak seperti Bandar Penawar 2010 waktu aku mula menetap. Projek perumahan tumbuh macam cendawan dengan harga rumah naik mendadak. Bandar Penawar yang dulunya kawasan hulu kini menjadi daya tarikan pelancongan sejak beroperasinya Senai-Desaru Expressway. Projek RAPID Pengerang juga merancakkan lagi aktiviti di Bandar Penawar. Disamping projek taman tema air, projek lapangan golf, pusat konvensyen dan bandar baru FELDA yang akan menyusul. Prospek Bandar Penawar pada masa hadapan sangat cerah.

Post terbaru aku pada April 2013, kemudiannya aku senyap hampir 8 bulan sebab kekangan masa & fokus pada kerjaya. Aku ada idea nak dicurahkan tapi tiada masa nak menaip. Aku nak kongsi pendapat tentang kenaikan kos sara hidup di tahun baru ni. Bincang pasal pro & contra cuti hujung minggu pada hari Jumaat & Sabtu. In Sha Allah dalam tahun ni aku akan ringankan jari menaip.


PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...