Monday, June 1, 2015
FASILITI KELAS PERTAMA, MENTALITI KELAS KETIGA
Picture taken from "garisan kuning by Michelle Tan"
Sejak bekerja di Kuala Lumpur, method pengangkutan aku ke tempat kerja telah berubah. Dulu aku beli Yamaha LC135 untuk berulang alik dari Bandar Penawar ke Pasir Gudang. Motor kapcai, macam mana modified pun takkan jadi laju macam Kawasaki Z800. Maka setiap kali aku sampai ke tempat kerja aku akan penat sebelum berkerja kerana menunggang jarak jauh (80km pergi balik). Berdepan dengan beberapa siri kemalangan depan mata (ada yang cedera parah & ada yang meninggal dunia) maka aku beralih ke kereta. Memandu kereta jarak jauh lebih selesa tetapi aku perlu membayar kos tol Penawar - Cahaya Baru - Penawar sebanyak RM11.80 sehari (RM59 seminggu tak termasuk kos minyak kereta 1800cc aku yang mencecah RM100 seminggu. Maka dalam sebulan anggaran RM600 lebur diatas jalan.
Di Kuala Lumpur, dengan jarak yang tak terlalu jauh dari rumah in law ke K.L Sentral maka komuter adalah pengangkutan yang paling efisyen. Murah & selamat. Walaupun terpaksa bersesak-sesak dan mengadap macam-macam kerenah manusia. Manusia di dalam negara Malaysia, khususnya Kuala Lumpur yang fasiliti bertaraf dunia tapi kita masih berfikiran kelas ketiga. Ini adalah pemerhatian aku sehari-hari. Sesiapa yang tak setuju, terasa hati dan sewaktu dengannya boleh tutup blog aku & baca blog Beautifulnara, Oh bulan dan sewaktu dengannya. Pemerhatian aku berlegar di sekitar stesen komuter, KL Sentral.
Perkhidmatan KTM Komuter bermula sekitar Ogos 1995 sebagai salah satu alternatif pada penduduk Lembah Klang yang setiap hari berdepan kesesakan lalu lintas (walaupun sehingga sekarang pda tahun 2015, masalah traffic jam ini tidak pernah selesai). Kemudiannya wujud kemudahan lain yang seumpamanya wujud dengan lebih banyak akses ke kawasan-kawasan penempatan atau bandar sekitar Kuala Lumpur. Antaranya ialah KL Monorail, LRT, Star LRT dan MRT yang sedang rancak dijalankan pembinaannya. Malaysia antara negara ASEAN yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia ini.
Namun begitu, kita sebagai pengguna di Malaysia agak selfish atau pentingkan diri sendiri apabila menggunakan kemudahan awam ini. Antara yang dapat diperhatikan ialah:
1. Potong 'Q'
Sering dilakukan oleh golongan pakcik/makcik & uncle/aunty dan segelintir anak muda. Katakan train berikutnya tiba pada pukul 5.30 petang. Pengguna yang tiba awal akan beratur di garisan yang ditetapkan (di kiri & kanan pintu masuk komuter - ada marking yang jelas berwarna kuning disediakan oleh pihak KTMB). Pengguna yang sampai kemudian akan beratur dibelakang pengguna yang sampai awal tadi. Ya betul mereka beratur pada awalnya tetapi secara pantas memotong ke depan apabila train sampai. Nak sound direct nanti kata kurang ajar pada orang yang lebih tua tapi itu hakikatnya. Pada yang muda, aku andaikan masing-masing berpendidikan tinggi yang tak sepatutnya berkelakuan sebegitu tetapi ada juga. Yang paling best, dah la potong Q tapi muka macam orang tak bersalah. Memang #jilake.
2. Tiada Belas Ehsan
OKU, warga emas & ibu mengandung antara golongan yang perlu diberi keutamaan tempat duduk didalam train. Secara keseluruhannya bolehlah aku katakan orang kita agak prihatin pada golongan tadi. Namun masih ada juga yang hati kering buat tak tau. Dia boleh buat dek je gaya-gaya pemikir falsafah sedang bermonolog walaupun ada ibu mengandung berdiri didepan mata.
3. Berebut
Ini kesalahan yang orang potong Q akan buat selepas dia dengan muka poyo berjaya potong Q. Berebut masuk train dikala penumpang dari dalam train yang nak keluar belum sempat nak jejakkan kaki ke platform. Sekali lagi, modal muka poyo digunakan dengan menyondol semacam badak sumbu mabuk untuk mendapatkan seat kosong didalam train. Kesian pada penumpang yang nak keluar tapi tak semena-mena disondol masuk. Rumus calculation dia senang je, tak perlu pandai Matematik Tambahan. Tak perlu degree Engineering pun. Pertama, sila beratur & siapa yang didepan akan beratur masuk ke dalam train dahulu sebab dia yang sampai dahulu. Pada yang sampai kemudian sila beratur dibelakang sebab awak sampai lambat & automatik awak akan masuk ke daam train selepas orang yang terdahulu masuk. Kalau train full, sila tunggu train yang seterusnya. "eh mana boleh, aku nak cepat sampai rumah"...hello brader/sister, orang lain pun nak cepat juga. Semua orang penat nak balik rumah. Tapi kamu manusia, ada akal, ada kebijaksanaan, ada adab....takkan nak jadi macam kambing masuk kandang.
Kadang-kadang aku rasa patut ada polis yang garang untuk disiplinkan penumpang-penumpang yang terjal ni. Kasi hambat pada mereka yang tak beratur & yang berebut. Ya, nampak kejam & macam mengajar budak kecil tapi itu realitinya. Segelintir orang kita memang macam budak kecil. Mentaliti tak sama level dengan fasiliti terbaik yang kita ada. Aku & kamu, mari berubah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)
Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...
-
Korang pernah dengar perkataan Near Miss? Bagi yang pernah tu, kalau aku salah explain korang tegur la. Bagi yang tak pernah dengar tu, aku ...
-
Beberapa bulan yang lepas aku ada cerita pasal experience aku baru beli motor Yamaha LC135 versi 2011. Preview aku masa tu cuma bersandarkan...
-
Rutin aku setiap pagi adalah isi minyak motor kat Petronas. Aku isi full minyak petrol RON97 untuk motor kesayangan dengan harapan prestasi ...
Ya betul. Apa kejadah la orang tak beratur ni. Mesti kat rumah sendiri pun, kasut bersepah2 tak susun. Macam mana nak susun diri sendiri dalam queue.
ReplyDelete