Thursday, July 2, 2009

Hepi Birthday Shaiful!!

Semalam 1hb Julai 2009 adalah sambutan ulang tahun aku yang ke-28 (tak berminat merahsiakan umur macam sesetengah orang). Kenapa sesetengah orang merahsiakan umur mereka? Adakah dengan terbocornya umur sebenar mereka mengakibatkan akaun bank mereka digodam? Atau takut 'saham' jatuh? Walau macam mana pun, masing-masing ada sebab tersendiri.

Alhamdulillah, Allah masih bermurah hati menyambung 'kontrak' aku sebagai seorang 'pemain' dalam kelab 'Dunia Fana'. Yang akan terus 'bermain' sehingga 'kontrak' aku ditamatkan bila-bila masa sahaja sebelum dipindahkan ke kelab 'Alam Barzakh'. Bersyukur dengan nikmat dariNya.

Mak, terima kasih kerana telah melahirkan saya dan arwah ayah yang telah membesarkan saya. Terima kasih buat Im (my fiance), kejutan malam tadi membuatkan abang terkedu, terharu dan terpaku. Im berjaya dengan ' surprise planning' Im tu. Syabas!! Love you so much...

No comments:

Post a Comment

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...