Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baharu 2010!!

Tahun 2009 yang penuh dengan cerita suka dan duka akan ditinggalkan. Tahun baharu 2010 akan menjelma selepas jam 12 tengah malam ini. Dari satu perspektif, tahun baharu 2010 ini memberi makna bahawa usia kita semakin meningkat. Apa yang telah dilakukan pada tahun 2009 samada baik atau buruk perlulah direnungkan dan diambil pengajaran. Semoga tahun 2010 ia akan menjadi lebih baik.

2010, hampir 3 tahun aku bekerja di MMHE. Banyak yang telah aku pelajari disini disamping rakan2 seperjuangan yang banyak membantu. Harapan aku pada tahun hadapan, skill & knowledge perlu dipertingkatkan lagi. Lagipun kerja itu satu ibadah :-)

Hujung tahun iaitu pada bulan November 2009 aku telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hasmah Rahman...isteri tersayang. Aku berdoa agar ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat & dikurniakan rezeki serta zuriat yang soleh dan solehah.

Selamat Tinggal 2009....Selamat Datang 2010....

Selamat Pengantin Baru!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 29hb November 2009 yang lalu aku telah selamat bernikah dengan isteri tercinta Pn. Siti Hasmah Rahman di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi Lama K.Lumpur.

Sunday, July 19, 2009

English Language & Self Confidence


Gambar apa la pulak ni? Ada cerita disebalik gambar atau lebih tepat lagi kita panggil 'peta minda'. Peta minda ni aku buat masa menghadiri kelas 'English Proficiency For Executive' minggu lepas.

Lepas ni, ada lagi 16 minggu untuk menamatkan kelas bahasa inggeris ni. Memang perlu sangat pun aku menghadiri kelas tu sebab dari darjah 1 sampai la tingkatan 5...11 tahun lamanya belajar bahasa inggeris tapi tak juga fasih. Banyak betul kesalahan tatabahasa, kefahaman pun belum cukup bagus lagi ditambah dengan kurangnya 'vocabulary'. Punca utama sudah tentulah sebab tak mengamalkan penggunaan bahasa inggeris ni. Bila aku melangkah masuk ke dunia pekerjaan, baru la terasa bahasa inggeris ni sangat berguna. Terutamanya kalau kita berurusan dengan klien dari luar negara...mat salleh yang macam-macam slanga tu. Harap-harap kelas ni boleh improve penggunaan bahasa inggeris aku.

Berbalik pada peta minda diatas, tutor tu suruh kitorang senaraikan 4 perkara. Perkara pertama adalah Me (ceritakan tentang diri sendiri), kedua adalah My Challenges/Weaknesses (kelemahan diri), ketiga adalah My Strengths (kelebihan diri) dah akhir sekali My Goals (matlamat hidup).

However, those items should be listed by using only symbols. We were requested to describe all of the symbols. So, we push out all from our head. We take around 1-2 minutes to think about it. We can explain about our own details, our strengths and our goals. But, to list down the weaknesses become so difficult. For me, other people surround us is the best observer to identify our weaknesses.

Bila dah siap, kitorang pun terangkan pasal diri masing-masing kat kawan-kawan yang lain. Seriously aku memang lemah bab nak buat presentation ni. Tapi demi nak improve self confidence aku gagahkan juga. Seorang demi seorang perkenalkan diri sampai la semuanya habis. Punya la gemuruh masa tu..

Dalam kelas hari tu, aku tau kelemahan diri sendiri, kurang keyakinan diri. Benda ni akan aku atasi secepat mungkin. InsyaAllah.

Thursday, July 2, 2009

Hepi Birthday Shaiful!!

Semalam 1hb Julai 2009 adalah sambutan ulang tahun aku yang ke-28 (tak berminat merahsiakan umur macam sesetengah orang). Kenapa sesetengah orang merahsiakan umur mereka? Adakah dengan terbocornya umur sebenar mereka mengakibatkan akaun bank mereka digodam? Atau takut 'saham' jatuh? Walau macam mana pun, masing-masing ada sebab tersendiri.

Alhamdulillah, Allah masih bermurah hati menyambung 'kontrak' aku sebagai seorang 'pemain' dalam kelab 'Dunia Fana'. Yang akan terus 'bermain' sehingga 'kontrak' aku ditamatkan bila-bila masa sahaja sebelum dipindahkan ke kelab 'Alam Barzakh'. Bersyukur dengan nikmat dariNya.

Mak, terima kasih kerana telah melahirkan saya dan arwah ayah yang telah membesarkan saya. Terima kasih buat Im (my fiance), kejutan malam tadi membuatkan abang terkedu, terharu dan terpaku. Im berjaya dengan ' surprise planning' Im tu. Syabas!! Love you so much...

Friday, April 10, 2009

Blogger roger

Blog? Apa itu blog? Menurut wikipedia, blog merupakan singkatan dari "web log" adalah bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum.

Seringkali blog digunakan oleh individu dan tujuannya pelbagai. Daripada satu medium untuk meluahkan isi hati kepada medium untuk melepaskan sakit hati. Daripada perbincangan perkara baik kepada perkara yang tidak baik. Semuanya boleh disalurkan melaui blog. Atas medium inilah, aku walaupun sudah agak ketinggalan jauh, cuba berjinak-jinak dengan lapangan blog ini.

Blog ini akan dijadikan 'mangsa' untuk aku meluahkan rasa suka, sakit hati, pengalaman hidup dan sebagainya.Haha...

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...