Kuala Lumpur - Senawang
Bertolak dari Taman Sg. Besi, Kuala Lumpur pada pukul 5.30 pagi menuju Senawang untuk mengambil Miji di Masjid Taman Tuanku Jaafar (TTJ) Senawang, Seremban. Sampai di Masjid TTJ pada pukul 6.30 pagi, aku tengok Miji dahpun sampai dan sedang melepak di beranda masjid dengan muka tawadduk, mungkin tengah berzikir. Tanpa berlengah lagi aku masuk ke masjid untuk menunaikan solat Subuh. Usai menunaikan solat Subuh, aku bertemu Miji di beranda masjid, bertanya khabar dan kami berjalan menuju ke kereta yang aku parkir di halaman masjid. Kami kemudiannya memulakan perjalanan menuju ke Bandar Tampin melalui Jalan Seremban – Tampin.
Tampin – Air Mawang
Kami sampai di Bandar Tampin pada pukul 7.10 pagi dan terus mencari mana-mana kedai makan untuk mengambil sarapan sebagai sumber tenaga sebelum meredah Gua Batu Maloi nanti. Akhirnya kami singgah di kedai makan Iman Imani yang terletak berselahan dengan Sekolah Kebangsaan Tampin. Aku order sekeping roti telur dan nasi lemak bersama teh tarik. Diatas meja kecil tak jauh dari meja makan kami, aku lihat ada beberapa jenis kuih-muih yang seolah-olah memanggil untuk dijamah. Disebabkan perut yang seolah-olah minta diisi lagi, aku pun mengambil beberapa keping kuih Keria (ada sesetengah tempat panggil Kuih Gelang – sejenis kuih yang diperbuat dari tepung dan ubi keledek, diuli dan dibentuk seperti donat, digoreng dan disalut dengan gula). Selesai mengisi perut, Miji dengan gaya bos kilang papan memanggil tokey kedai minta kira semua. Hah…itu yang best, breakfast pagi ni Miji yang payung. Alhamdulillah. Hahah..
Gua Batu Maloi
Dari kedai makan tadi kami meneruskan perjalanan ke Gua Batu Maloi. Aku sebenarnya tak pernah tau yang kat Tampin ni ada gua yang boleh diteroka (aku berasal dari Gemas, sebuah pekan kecil didalam Daerah Tampin). Namun begitu, lokasi sebenar Gua Batu Maloi tidaklah aku ketahui sehinggalah aku merujuk pada Google Maps. Gua Batu Maloi terletak di Kampung Betong, tidak jauh dari Pekan Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan. Dek kerana simpang masuk yang agak mengelirukan ditambah dengan ‘technical error’ aplikasi Waze smartphone Miji, kami tersalah masuk simpang. Mujur aku dapat mengingat kembali simpang masuk ke Kampung Betong. Kebiasaannya sebelum pergi ke detinasi yang aku tak pernah datang, aku akan study dulu lokasi menggunakan Google Maps. Percubaan kedua kami berjaya menemui simpang yang dimaksudkan. Pada pukul 8.00 pagi kami selamat sampai di kawasan rekreasi Gua Batu Maloi. Aku dapati ramai peserta eksplorasi dah berada di kawasan rekreasi ini dan rata-ratanya remaja berusia awal 20-an sedangkan aku dan Miji dah upgrade ke geng 3 series..hahah. Aku terus parkir kereta di satu tempat kosong bersebelahan. Aku perhatikan ada beberapa kemudahan yang dibina oleh kerajaan Negeri Sembilan seperti tandas lelaki dan tandas wanita, surau dengan rekabentuk moden yang selesa dan sebuah foyer berbumbung untuk aktiviti indoor.
Kami kemudiannya memeriksa kelengkapan untuk dibawa semasa ekplorasi dan memasukkannya ke dalam beg waterproof 30L yang aku bawa. Tips Pertama: Jangan bawa beg yang besar semasa meneroka gua yang sempit kerana ia akan menjadi beban & menyukarkan pergerakan semasa menyelit. Paling bagus berlenggang sahaja ataupun gunakan beg waterproof yang kecil untuk diisi dengan bekalan air, beg duit, smartphone dan lain-lain.
Kami menunggu lebih kurang 15 minit sebelum ketua eksplorasi, Nadzmi @ Nami tiba bersama peserta-peserta yang lain. Kami kemudiannya berkumpul di satu tempat lapang untuk sesi taklimat dan regangan badan. Aku terkejut dengan jumlah peserta yang ramai sedangkan group kami ada lebih kurang 25 orang peserta sahaja. Rupa-rupanya penunjuk arah telah menggabungkan 2 group sekaligus untuk eksplorasi kali ini. Group yang satu lagi adalah para pelajar UiTM Melaka yang berjumlah lebih kurang 30 orang. Maka jumlah keseluruhan peserta adalah seramai lebih kurang 60 orang termasuk penunjuk arah. Setelah melakukan headcount, sesi regangan badan dilakukan selama 10 minit. Tips Kedua: Sesi regangan badan amat penting sebelum melakukan aktiviti eksplorasi untuk mengelakkan kekejangan otot dan sebagainya.
Selesai sesi regangan badan, kami memulakan eksplorasi. Aku memeriksa semula headlamp yang aku beli di Kenanga Wholesale, K.L. Tik…tik..tik…butang on/off aku tekan banyak kali tapi LED tak menyala juga. Aku pulas penutup bateri untuk mengeluarkan bateri. Miji offer aku pakai bateri spare dia yang kebetulan sama spesifikasinya. Walaupun bateri dah ditukar, LED masih tak menyala. Aku mula hot sebab dalam eksplorasi gua ni, headlamp adalah equipment yang amat penting untuk menyuluh laluan yang gelap gelita. Aku cuba goyang-goyangkan kabel yang menghubungkan LED dan silinder bateri dan tak semena-mena kabel tu tercabut. Rupanya kabel dalam silinder bateri yang tercabut dan puncanya adalah soldering point pada kabel yang ala kadar. Aku dah bayangkan kegelapan dalam gua nanti. Tips Ketiga: Pastikan equipment penting seperti headlamp/torchlight diperiksa banyak kali supaya tidak berlaku masalah semasa eksplorasi. Pastikan juga equipment yang dibeli berkualiti dan tahan lasak.
Permulaan eksplorasi adalah dengan memasuki anak sungai (ya…anda akan basah selepas bermula beberapa langkah – disini pentingnya beg kecil waterproof). Lebih kurang 10 langkah didalam anak sungai, aku sudah terendam separuh badan. Kemudiannya naik ke darat semula dan selang 20 meter kami sampai di pintu gua. Dek kerana peserta yang ramai, kami terpaksa beratur untuk memasuki gua yang gelap dan bergilir-gilir melepasi ruang-ruang sempit di dalam gua. Penerokaan gua ini boleh dikatakan 90% memerlukan kita berendam di dalam air. Ada sesetengah tempat memerlukan kita meniarap sampai badan 90% terendam didalam air. Disebabkan aku membawa muatan beg sandang waterproof saiz 30L dibelakang, pergerakan aku untuk menyelit pada ruang yang sempit agak terbatas. Aku terpaksa menghulurkan beg melepasi ruang sempit terlebih dahulu sebelum aku sendiri melepasinya. Walau bagaimanapun, di sesetengah tempat, Miji akan membantu memegang beg sementara aku berhempas pulas melepasi ruang sempit tersebut.
Terdapat 24 check point yang perlu dilalui oleh para peserta dan jarak antara checkpoint adalah berdekatan antara atu sama lain. Terdapat satu ruang seakan dewan yang gelap gelita dan dipenuhi kelawar. Tahi kelawar memenuhi permukaan batu di dalam ruang tu. Ada 2-3 tempat yang memerlukan peserta menggunakan tali yang disediakan untuk menyeberang ataupun untuk mendaki batu curam. Sesetengah tempat pula, kemahiran memanjat dan bergayut pada batu adalah suatu kelebihan. Disebabkan headlamp aku yang rosak dan tak boleh digunakan, sepanjang penerokaan gua aku terpaksa meraba dalam gelap berpandukan cahaya peserta-peserta lain. Akan tetapi secara keseluruhannya, cahaya headlamp peserta di belakang amat membantu. Penunjuk arah kemudiannya membawa kami ke satu ruang gelap yang terdapat sebongkah batu yang terdapat imej seakan-akan manusia sedang bertafakur. Imej ini terjadi hasil daripada titisan-titisan air yang menitik diatas permukaan batu lalu membentuk imej tersebut. Mengikut cerita penunjuk arah, seorang sami Buddha dari Thailand pernah bertafakur di dalam ruang tersebut untuk mencapai hasrat. Ruang tersebut kami tinggalkan untuk meneruskan penerokaan berikutnya.
Penerokaan gua pada hari itu diteruskan sehingga kami tiba ke checkpoint terakhir yang terdapat di bahagian hulu sungai. Penunjuk arah memberikan arahan supaya kami berhenti rehat sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke point mula. Setelah berehat lebih kurang 15 minit kami beramai-ramai turun menuruni denai hutan. Di sebelah kanan kami ada kebun-kebun sayur dan dusun penduduk kampong. Di pertengahan jalan, kami ditunjukkan dengan sebuah batu besar yang tingginya lebih kurang 10 meter bersalut akar-akar kayu yang dipanggil Batu Maloi. Kononnya suatu masa dahulu jika ada majlis kenduri-kendara, penduduk kampong boleh meminjam pinggan mangkuk dari orang bunian melalui sebuah lubang yang terdapat diatas batu besar tersebut. Namun disebabkan terdapat penduduk kampong yang tidak cermat menggunakan pinggan mangkuk yang dipinjam, akhirnya orang bunian tidak lagi mahu memberi pinjam sehinggalah ke hari ini.
Selesai sesi mendegar cerita, kami meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai ke checkpoint mula iaitu kawasan parking kereta. Sengal-sengal badan tak payah cerita sebab aku tak pernah join aktiviti eksplorasi gua ni. Inilah kali pertama. Aku dan Miji ambil masa setengah jam berehat sebelum bergerak ke tandas awam untuk mandi membersihkan badan yang basah dengan peluh dan air sungai yg berkeladak serta berpasir. Sedangkan Nadzmi and the geng terus berkubang dalam kolam takungan air.
Sebelum Pulang
Sungguh malang nasib aku, tandas awam langsung takde air. Kepala paip semua hilang, pasir merata-rata, mangkuk tandas dan tangki semua rosak. Ini yang aku cakap negara kita punya fasiliti kelas pertama tapi sikap kita masih di tahap kelas ke tiga. Ada kemudahan yang disediakan habis dijahanamkan tanpa berfikir itu harta awam yang akan digunakan oleh pengunjung lain. Tips Keempat: Sila jaga kemudahan awam yang disediakan demi kesenangan kita bersama. Aku rasa ada baiknya kerajaan negeri memberi kebenaran pada JKKK Kampung Betong untuk mengenakan bayaran pada pengunjung demi menjaga kemudahan yang disediakan supaya sentiasa dalam keadaan baik. Disamping hasil kutipan boleh digunakan untuk aktiviti-aktiviti kampong dan juga mencantikkan lagi landskap taman rekreasi. Kedengaran cadangan aku ni agak kejam tapi ini yang aku rasa terbaik dengan mengambil contoh Kampung Senibong, Permas Jaya, Johor bahru. Mereka mengenakan bayaran parking pada pengunjung restoren seafood yang terdapat di dalam kampong mereka. Duit hasil kutipan tadi mereka gunakan untuk naiktaraf surau, ruang letak kereta dan mengindahkan landskap kampong.
Kesudahannya aku terpaksa gunakan 3 buah botol mineral water 1.5 liter yang memang aku sengaja simpan dalam kereta. Air dari pili di tepi surau aku isikan penuh ke dalam ketiga-tiga botol dan aku bawa masuk ke dalam tandas untuk mandi ala kadar, cukup syarat bilas badan dari kekotoran dan pasir yang melekat. Selesai mandi, Miji kemudiannya mengisi semula botol-botol tadi dengan air untuk dia pulak mandi. Setelah kami selesai, kami pun berangkat pulang. Nadzmi masih lagi berendam dengan geng nya. Kami hanya sempat melambai tangan.
Memandangkan jam menunjukkan pukul 1 tengahari, aku dan Miji ambik keputusan singgah makan di Restoren Nasi Ayam Gemas yang terletak bersebelahan dengan pejabat RISDA Tampin. Makan tengahari aku belanja sebab tadi Miji dah payung breakfast. Perut pun dah kenyang, maka kami teruskan perjalanan sampai ke Tesco Seremban 2. Aku drop Miji kat sana dan aku berseorangan meneruskan perjalanan pulang ke Sg. Besi.
Kesimpulan
Ini satu pengalaman baru buat aku dan point permulaan aku untuk menceburkan diri dalam aktiviti outdoor. Meneroka Gua Batu Maloi adalah satu aktiviti yang menyeronokkan dan satu senamam badan yang bagus. Disamping kita dapat menenangkan fikiran dengan aktiviti yang dekat dengan kehijauan hutan dan alam semulajadi. Sampai jumpa lagi untuk trip yang berikutnya. Gunung Datuk.