Thursday, October 20, 2011

YAMAHA LC135 2011-LIVE EXPERIENCE


Beberapa bulan yang lepas aku ada cerita pasal experience aku baru beli motor Yamaha LC135 versi 2011. Preview aku masa tu cuma bersandarkan pada pengalaman menunggang dari kedai motor di Kota Tinggi hingga ke B.Penawar. Dimana aku membuat rumusan yang pembelian motor tersebut satu pembelian yang berbaloi dengan wang yang telah dikeluarkan.

Sekarang dah lebih 4 bulan aku gunakan LC135 berulang alik ke tempat kerja yang mana aku pernah membuat pengiraan dari segi kos adalah amat menjimatkan berbanding penggunaan kereta. Memang terbukti benar sebab penggunaan minyak sehari (RON97) bagi LC135 (kapasiti tank - 4 liter) adalah RM8 dengan purata kelajuan tunggangan 90-100km/j. Sebagai rekod, jarak perjalanan berulang alik ke tempat kerja aku adalah +/- 120km. Oleh itu, fuel consumption adalah 6sen/km. Kalau aku dah terlambat pagi tu memang aku akan sebat full throttle yang mana buat pengetahuan korang top speed LC135 versi 2011 ni cuma 120km/j, itu pun dicapai masa menurun bukit. Pendapat peribadi aku pasal top speed LC135 ni-agak mengecewakan. Top speed masa mendaki adalah lebih kurang 100km/j. Motor LC135 aku ni adalah original spec lagi tanpa ada sekelumit pun modifikasi.

Pemerhatian aku mendapati motor ni sangat menjimatkan bahan api kalau ditunggang pada purata kelajuan 80km/j. Manakala kalau ditunggang pada purata kelajuan 100-120km/j, bahan api menyusut seolah-olah air sirap ais yang disedut oleh buruh kasar yang sangat dahaga ketika cuaca panas terik. Aku lebih suka menggunakan RON97 untuk LC135 ni memandangkan aku travel jauh setiap hari disamping bertujuan untuk menjaga enjin supaya tahan lama. Tak kisah la kalau kena keluar duit lebih sikit untuk minyak motor berbanding aku terpaksa keluarkan duit untuk bayar tol hiway Senai-Desaru yang kualiti jalannya agak mendukacitakan.

Berbalik pada top speed motor kegemaran anak muda dan kegemaran para pencuri motor ni, ia kurang memuaskan. Mujur motor ni aku guna untuk pergi kerja sahaja. Kalau untuk merempit, nak cabar Honda EX5 pun aku sarankan supaya korang fikir 2-3 kali. Aku ada experience juga berkenaan rempit dengan Honda EX5 dan Honda Wave 110 sepanjang aku menggunakan motor LC135 ni. Kejadian dihambat EX5 berlaku beberapa minggu lepas.

Masa tu aku dah terlambat nak pergi kerja. Untuk kejar masa, aku bawak motor hampir full throttle start dari Tol Penawar lagi. Lebih kurang setengah perjalanan hiway, aku berselisih dengan sebuah Honda EX5 warna putih ditunggang oleh rider muda remaja. Aku tak fikir pun nak merempit sebab aku tengah kejar masa, maka EX5 warna putih tu aku potong. Tak lama kemudian, dari side mirror aku nampak Honda EX5 mula 'mengorak langkah'. Makin lama makin dekat, then terus potong aku balik. Damn!! Laju jugak EX5 ni. Memandangkan aku belum try the limit of my motocycle, aku pulas throttle sampai habis. Nak tengok sejauh mana motor ni boleh kejar EX5 tadi. Bai, full throtlle..turun bukit lagi...EX5 tu masih didepan. Jarum meter speedo dah cecah 120km/j tapi ternyata LC135 versi 2011 ni tewas dengan Honda EX5 100cc!! Penyudahnya sampai ke Tol Cahaya baru aku dapat cucuk angin je. Demoralized. Samada LC135 ni memang top speed kureng ataupun EX5 tu memang dah modified.

Kejadian kedua berlaku 3 hari lepas tapi kali ni dengan motor Honda Wave 110. Sama juga senarionya dengan Honda EX5 sebelumnya. Honda Wave berjaya memotong aku kembali lepas aku potong dia. Ketinggalan lebih kurang 2 meter, aku pulas habis throttle tapi tetap tak boleh potong. Waktu mendaki baru aku dapat potong dia balik sebab badan rider Honda Wave tu agak gempal berbanding aku yang kurus. Malangnya waktu menurun bukit, aku dipotong sekali lagi. Kalau berterusan macam ni sampai bila pun tak sudah. Aku terus fokus bawa laju sebab nak kejar masa bukan untuk merempit. Aku cuma ikut dia dari belakang sambil hati rider Honda Wave pasti berbunga riang sebab dapat tewaskan King of Moped - LC135. Hati aku? Aku dah terdetik nak beli Yamaha XJ6 di masa depan, baru puas hati. Demoralized again!!

Tapi dari segi pick up memang terbaik motor LC135 ni. Kalau nak potong lori atau motor yang agak perlahan kat depan, sekali pulas throttle...zasss...aku dah berada di depan. Memang pantas dan lancar. Kos maintenance pun tak mahal, dalam lingkungan RM50 untuk penggantian minyak enjin (kualiti baik), spark plug & engine oil filter. Tapi agak remeh untuk kerja menukar spark plug yang 'tersembunyi' disebalik cover set yang agak sukar ditanggalkan. Aku ingat lagi pomen workshop yang beriya-iya suggest aku supaya tak tukar spark plug dengan alasan plug masih ok. Padahal dia dia tak tau cara nak buka spark plug yang terselit bawah cover set. Dia mengeluh sebab motor-motor design baru ni body/cover set canggih tapi menyusahkan bila nak buat servis.

Secara overallnya motor ni sesuai untuk perjalanan ke tempat kerja dimana faktor top speed tak begitu diambil kira. Lagipun enjin 4 stroke diakui memang menjimatkan dari segi penggunaan minyak, kos servis rutin dan tahan lasak berbanding 2 stroke. Kalau ada rezeki dimasa hadapan aku plan nak layan slot superbike pula selepas sekian lama dari study sampai sekarang ni dok layan slot kapcai.

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...