Thursday, December 31, 2009

Salam Tahun Baharu 2010!!

Tahun 2009 yang penuh dengan cerita suka dan duka akan ditinggalkan. Tahun baharu 2010 akan menjelma selepas jam 12 tengah malam ini. Dari satu perspektif, tahun baharu 2010 ini memberi makna bahawa usia kita semakin meningkat. Apa yang telah dilakukan pada tahun 2009 samada baik atau buruk perlulah direnungkan dan diambil pengajaran. Semoga tahun 2010 ia akan menjadi lebih baik.

2010, hampir 3 tahun aku bekerja di MMHE. Banyak yang telah aku pelajari disini disamping rakan2 seperjuangan yang banyak membantu. Harapan aku pada tahun hadapan, skill & knowledge perlu dipertingkatkan lagi. Lagipun kerja itu satu ibadah :-)

Hujung tahun iaitu pada bulan November 2009 aku telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hasmah Rahman...isteri tersayang. Aku berdoa agar ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat & dikurniakan rezeki serta zuriat yang soleh dan solehah.

Selamat Tinggal 2009....Selamat Datang 2010....

Selamat Pengantin Baru!!


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 29hb November 2009 yang lalu aku telah selamat bernikah dengan isteri tercinta Pn. Siti Hasmah Rahman di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Pekan Sg. Besi Lama K.Lumpur.

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...