
2010, hampir 3 tahun aku bekerja di MMHE. Banyak yang telah aku pelajari disini disamping rakan2 seperjuangan yang banyak membantu. Harapan aku pada tahun hadapan, skill & knowledge perlu dipertingkatkan lagi. Lagipun kerja itu satu ibadah :-)
Hujung tahun iaitu pada bulan November 2009 aku telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hasmah Rahman...isteri tersayang. Aku berdoa agar ikatan ini berkekalan hingga ke akhir hayat & dikurniakan rezeki serta zuriat yang soleh dan solehah.
Selamat Tinggal 2009....Selamat Datang 2010....