Tuesday, April 5, 2011

SUP GEARBOX



Aku ni kurang alert harga makanan melainkan harga dia memang tak masuk akal sama sekali. Contohnya aku makan kat kedai tom yam siam tepi jalan....aku makan nasi goreng kampung + telur goreng + air carrot susu ais, harga RM20.50. Kan tak masuk akal tu, memang secara refleks aku akan terperanjat. Ketara sangat la mahalnya.

Tetapi kalau aku order menu yang perlbagai yang aku susah nak assume harga dia, aku jadi kurang alert. Mungkin harga dia RM100 tapi kedai tu mark up sampai RM115, aku susah nak detect. But, my wife memang alert perkara-perkara macam ni. Dia selalunya bersuara bila kitorang dah dalam kereta on the way balik ke rumah. Wife aku akan bangkitkan kemusykilan dia "Abang rasa harga menu yang kita makan tadi tu mahal tak?". Aku pun mula la buat kira-kira sendiri dan hasilnya "Ermmm...ye la, boleh tahan jugak mahalnya, takkan lauk bla..bla..bla...dengan bla..bla..bla harganya bla..bla..bla...". Selalunya kedai yang mark up harga macam tu kitorang 'pangkah' je. Pangkah bermakna that is the first and the last time kitorang makan kat situ.

Aku senaraikan harga menu yang aku makan bersama isteri di sebuah kedai makan semalam. Korang judge sendiri harga dia mahal ke tak.

Sup gearbox kambing 2 mangkuk....RM12 (RM6 semangkuk)

Nasi kosong 2 pinggan....RM3 (RM1.50 sepinggan)

Telur dadar 1 piring kecik....RM1.50

Teh Ais segelas.....RM1.50

Limau Ais segelas......RM1.50

TOTAL: RM19.50

Ikut anggaran aku, menu macam diatas berada dalam lingkungan harga RM15-16 je tapi aku kena bayar RM19.50. Mahal sikit je kot tapi kalau 5-6 kali makan harga macam tu, next month tokey kedai dah boleh booking new Chevrolet Cruise.

Friday, April 1, 2011

1997/1998 - ANWAR & EKONOMI




Tahun 1998 memang penuh dengan kejutan dan huru hara. Masa tu aku baru tingkatan 5. Aku ingat lagi pada suatu pagi aku baca surat khabar Utusan Malaysia waktu rehat. Terpampang gambar DS Anwar Ibrahim berpakaian baju melayu hijau (kalau tak silap), bersongkok di muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk 'ANWAR DIPECAT'. Sesungguhnya berita pagi tu memang mengejutkan seluruh warga Malaysia aku rasa. Bagi generasi yang dah boleh berfikir pada tahun 1998, DS Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang dilihat mempunyai karektor istimewa dan ramai penyokong. Hampir seluruh rakyat marhaen menjangkakan yang DS Anwar Ibrahim akan menggantikan tempat Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5. Bertepatan dengan teori RAHMAN yang sememangnya diketahui ramai. R adalah Tunku Abdul Rahman, A adalah Tun Abdul Razak, H adalah Tun Hussein Onn, M adalah Tun Dr. Mahathir, A dijangka adalah DS Anwar Ibrahim (kemudiannya Tun Abdullah yang jadi PM) dan N dijangka adalah DS Najib Tun Razak.


Berita pemecatan DS Anwar Ibrahim ni dah melanggar teori RAHMAN. Para penyokong DS Anwar Ibrahim bangkit berdemonstrasi dijalan raya sekitar Kuala Lumpur. DS Anwar Ibrahim sendiri telah menyuarakan ketidakpuasan hati atas pemecatan beliau.


Malaysia masa tu tengah struggle dengan kegawatan ekonomi yang mana Goerge Soros disyaki dalang utama disebalik kejatuhan nilai matawang rantau Asia Tenggara. Impak penyangak matawang ni menyebabkan ekonomi Indonesia jatuh menjunam hinggakan akhirnya Presiden Suharto terpaksa meminjam kepada 'Ah Long Bertauliah' iaitu IMF. Di Malaysia, Tun Dr. Mahathir ambik langkah ikat nilai RM3.80 pada nilai 1USD untuk menstabilkan nilai matawang dari terus jatuh. Selain berdepan krisis ekonomi, pemerintah Malaysia jugak berdepan dengan gelombang 'Reformasi' yang dibawa oleh para penyokong DS Anwar Ibrahim. Malaysia waktu tu betul-betul dalam suasana kacau.


Dulu sebelum tahun 1997/1998, student yang dapat pangkat 1 agregat 'biasa-biasa' hampir pasti dapat offer masuk local universiti sebab kurang saingan dari student cemerlang. Student cemerlang yang dapat result power agregat bawah 10 kebanyakannya dapat scholarship further study oversea. Kerajaan waktu tu takde masalah nak support para student cemerlang. Lepas tahun 1997/1998, disebabkan krisis ekonomi, nilai matawang Malaysia jatuh. Kerajaan tak lagi mampu offer scholarship pada para student cemerlang. Hanya student yang 'superb cemerlang' saja yang ditawarkan scholarship. Kemana hala tuju student cemerlang tadi? Mereka ni terpaksalah belajar di local university. Maka student yang dapat pangkat 1 agregat 'biasa-biasa' terpaksa pulak bersaing dengan diorang ni. Akhirnya hanya sebilangan je yang berjaya masuk universiti awam tempatan. Selebihnya membanjiri politeknik-politeknik, maktab-maktab dan IPTS seluruh negara. Krisis ekonomi memang memberi kesan besar pada polisi pendidikan negara.


Bagi anak-anak yang masih duduk dalam stroller dan yang masih belajar ABC di tadika pada tahun 1997/1998, mungkin diorang tak pernah tengok not RM500 & not RM1000. Not dengan jumlah besar ni pernah wujud di Malaysia sebelum ia ditarik keluar penggunaanya oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Julai 1999. Ini salah satu langkah yang dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah pengaliran keluar matawang negara ketika krisis ekonomi 1997/1998. Akhirnya sekarang, not yang paling besar adalah not RM100.


Kalau dikaji, trend krisis ekonomi dunia akan berlaku setiap 10 tahun. Tahun 1997/1998 krisis ekonomi berlaku di Asia Tenggara akibat ketidakstabilan dalam kadar pertukaran asing , 10 tahun kemudian ia berlaku di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 2008/2009 akibat pergantungan kepada kredit yang menyebabkan beberapa syarikat gergasi gulung tikar. Antaranya adalah AIG dan General Motor dimana kemudiannya pemerintah Amerika pimpinan Barrack Obama terpaksa 'bail out' syarikat gergasi ni sebelum tersungkur dan dikebumikan. Kesannya dirasai seluruh dunia sebab Amerika Syarikat adalah kuasa ekonomi dunia.


Berdasarkan trend 10 tahun tadi, mungkinkah pada tahun 2018/2019 akan berlaku lagi satu krisis ekonomi? Mungkinkah ia akan disebabkan oleh kesan pemanasan bumi? Macam-macam kemungkinan boleh berlaku. Kita bersedia dari sekarang, tunggu dan lihat.

PENGEMBARAAN KE ANGOLA (Final)

Part akhir siri pengembaraan ke Angola ni dah lama aku fikirkan untuk di’publish’ ke dalam blog. Sela masa 2 tahun selepas part 3 disia...